Skip to main content

Dunia

Trump mengaku ‘gagal’ jelaskan pencapaian ekonominya

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu (30 Sep) berkata beliau melakukan "tugas yang sangat tidak baik" dalam menjelaskan rekod ekonominya, sedang tahap sokongan terhadapnya merosot akibat harga petrol yang tinggi menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada November.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump mengaku ‘gagal’ jelaskan pencapaian ekonominya

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berucap semasa menganjurkan majlis sambutan Bulan Warisan Hispanik di Bilik Timur Rumah Putih di Washington, D.C., Amerika Syarikat, pada 30 September 2026. (Gambar: REUTERS/Jonathan Ernst)

Diterbitkan : 01 Oct 2026 11:10AM
Trump admits he 'failed' to explain his economic record
  • Donald Trump acknowledged at the White House on Sep 30 that he had failed to explain his economic record, even as he claimed the country was in better shape.
  • He made the remarks as his support was slipping ahead of the Nov 3 elections, with elector uneasy over petrol prices, global tariffs and the Iran war.
  • The Conference Board reported that US consumer confidence fell in September to its lowest level in nearly 12 and a half years, amid concerns about jobs, businesses, homes and mortgages.
  • Trump is planning a 32-day campaign across several states, while the Republican Party is spending millions of dollars in areas that are now becoming increasingly competitive.
Dijana oleh AI
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu (30 Sep) berkata beliau melakukan "tugas yang sangat tidak baik" dalam menjelaskan rekod ekonominya, sedang tahap sokongan terhadapnya merosot akibat harga petrol yang tinggi menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada November.

Encik Trump, yang berucap di hadapan para penyokongnya dalam satu acara Bulan Warisan Hispanik di Rumah Putih, membuat kenyataan tersebut sedang beliau bersiap sedia untuk memulakan kempen selama 32 hari bagi calon-calon Parti Republican menjelang pilihan raya pada 3 November yang akan menentukan sama ada partinya dapat mengekalkan penguasaan Kongres Amerika Syarikat.

"Saya melakukan tugas yang sangat tidak baik dalam menjelaskan betapa bagusnya keadaan negara ini," kata Encik Trump, sambil menegaskan bahawa "keadaan negara lebih baik berbanding sebelum ini."

Encik Trump berkata parti yang memerintah lazimnya kehilangan kerusi Kongres dalam pilihan raya pertama selepas pilihan raya presiden dan menggesa para penyokongnya supaya keluar mengundi.

"Kita perlu mengubah keadaan ini," kata beliau.

Namun, semakin ramai pengundi Amerika memberikan penilaian rendah terhadap cara Encik Trump menguruskan ekonomi dalam tinjauan pendapat awam, dengan ekonomi terjejas akibat dasar tarif globalnya dan perang dengan Iran yang menyebabkan harga tenaga melonjak.

Keyakinan para pengguna Amerika Syarikat merosot pada September ke paras terendah dalam hampir 12 tahun setengah, menurut Conference Board pada Selasa, dengan isi rumah menjangkakan keadaan perniagaan dan pasaran buruh akan bertambah buruk dalam tempoh enam bulan akan datang.

Para pengguna turut berpandangan suram terhadap pasaran buruh, meskipun pertumbuhan pekerjaan meningkat pada Ogos menyusuli rentak lebih perlahan sepanjang sebahagian besar musim panas. Harga rumah turut meningkat, menambah lagi tekanan akibat kenaikan kadar gadai janji.

Encik Trump dijadualkan berkunjung ke Texas dan Oklahoma pada Khamis, diikuti Alabama pada Jumaat dan Ohio pada Sabtu.

Parti Republican menyalurkan jutaan dolar ke kawasan-kawasan yang sebelum ini dianggap selamat tetapi kini dilihat sebagai lebih sengit persaingannya, sedang para pengundi menjadi semakin tidak berpuas hati dengan kesan ekonomi akibat perang Iran.

"Kami tidak berjaya menyampaikan mesej ini," kata Encik Trump, merujuk kepada apa yang disifatkannya sebagai pengurusan ekonomi yang kukuh.

"Saya akan turun berkempen kerana tiada siapa yang menyampaikan perkara ini. Kami melakukan tugas yang sangat buruk dalam mempromosikannya, tetapi tugas yang sangat baik dalam mentadbir negara. Namun, kami akan menyampaikan mesej ini. Ia sepatutnya tidak sukar."
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita