Trump masih belum mengaku kalah kepada calon Democrat Joe Biden
Presiden Donald Trump masih belum mengaku kalah kepada calon Democrat Encik Joe Biden.

Encik Donald Trump dan Encik Joe Biden. (Gambar-gambar: Jim Watson, Saul Loeb/AFP)
WASHINGTON: Presiden Donald Trump masih belum mengaku kalah kepada calon Democrat Encik Joe Biden.
Sebaliknya, Encik Trump terus melemparkan tuduhan salah laku yang tidak dapat dibuktikannya.
Kini, ratusan pekerja pilihan raya di wilayah Georgia sedang mengira semula hampir lima juta undi, dalam usaha mengatasi kesangsian tentang keputusan pilihan raya di wilayah tersebut.
Namun kiraan semula undi lazimnya tidak mengubah keputusan awal.
Bagaimanapun mengikut undang-undang, kelebihan tipis sebanyak 0.3 peratus undi yang diraih Encik Biden ke atas Encik Trump di Georgia, bermakna ada asas bagi kiraan semula undi dijalankan.
Namun setelah diisytiharkan pihak media utama Amerika tentang kemenangan 306 undi badan perwakilan pemilih yang diraih Encik Biden, bakal presiden Amerika itu kini sudah sibuk memilih calon anggota kabinetnya di Rumah Putih kelak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.