Skip to main content

Dunia

Trump mahu istilah “kecerdasan super” ganti “kecerdasan buatan” AI

Anggaran Waktu Membaca:
Trump mahu istilah “kecerdasan super” ganti “kecerdasan buatan” AI

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-81 di New York, Amerika Syarikat, pada 22 September 2026. (Gambar: Reuters/Kylie Cooper)

Diterbitkan : 22 Sep 2026 11:57PM Dikemas Kini : 23 Sep 2026 12:00AM
  • Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata dokumen pemerintah negaranya akan menggantikan istilah AI atau “kecerdasan buatan” dengan “super intelligence”.
  • Beliau menyampaikan pengumuman itu pada Selasa, 22 Sep, ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB.
  • Trump menyifatkan istilah baharu itu lebih tepat dan berharap penggunaannya turut diterima dalam dokumen di seluruh dunia.
  • Beliau juga mengulangi dakwaan bahawa amaran mengenai AI ialah penipuan, sambil menegaskan pertumbuhan teknologi itu tidak harus disekat.
Dijana oleh AI
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa (22 Sep) berkata dokumen pemerintah Amerika Syarikat akan menggunakan istilah "super intelligence" pada masa akan datang, menggantikan istilah "kecerdasan buatan" AI, dan mengulangi dakwaan sebelum ini bahawa amaran mengenai AI adalah satu penipuan.

"Mulai sekarang, semua dokumen Amerika Syarikat, dan diharapkan dokumen seluruh dunia, akan diubah untuk menggunakan istilah yang jauh lebih tepat, 'super', berbanding 'buatan'. Justeru, ia adalah "super intelligence"," kata Encik Trump dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB.

"Saya tidak akan menyekat pertumbuhan sesuatu yang akan menjadi lebih besar daripada Revolusi Perindustrian," katanya.

<<Topik: Donald Trump, Amerika Syarikat, AI, super intelligence, PBB, teknologi>>
Sumber : Reuters/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita