Trump luluskan perjanjian nuklear dengan Arab Saudi
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. (Gambar fail: AP)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump secara rasmi meluluskan perjanjian bersejarah dengan Arab Saudi yang akan membolehkan negara itu membangunkanprogram tenaga nuklear awam, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik The Wall Street Journal pada Selasa (21 Jul).
Akhbar itu yang memetik pegawai Amerika melaporkan perjanjian berkenaan dijangka berkuat kuasa selama 30 tahun dan bernilai berpuluh-puluh bilion dolar.
Menurut laporan itu, perjanjian berkenaan dirangka bagi memberikan syarikat Amerika Syarikat peranan utama dalam pembangunan infrastruktur nuklear Arab Saudi, sekali gus mengehadkan pelibatan pesaing asing.
Antara komponen utama perjanjian itu ialah kemungkinan syarikat Amerika Syarikat membina loji pengayaan uranium di Arab Saudi sekiranya penilaian bersama Washington dan Riyadh mendapati langkah berkenaan wajar dilaksanakan.
Laporan itu menyebut perjanjian berkenaan turut memberikan Amerika Syarikat peranan dalam memantau aspirasi nuklear Arab Saudi, yang menurut pegawai pentadbiran Encik Trump, dapat membantu mengelakkan program itu daripada digunakan bagi pembangunan senjata.
Bagaimanapun, perjanjian yang dijangka dikemukakan kepada Kongres untuk penelitian dalam beberapa hari akan datang berkemungkinan mendapat tentangan anggota Kongres yang bimbang terhadap peluasan keupayaan nuklear di Timur Tengah yang sedia berdepan ketidakstabilan.

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.