Skip to main content

Dunia

Trump libatkan diri dalam semakan perjanjian Netflix-Warner Brothers

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad (7 Dis) berkata beliau akan memutuskan sama ada usulan penggabungan antara Netflix dengan Warner Brothers patut diteruskan, sambil memberitahu para wartawan bahawa pegangan pasaran entiti gabungan itu boleh menimbulkan kebimbangan.
Anggaran Waktu Membaca:
Trump libatkan diri dalam semakan perjanjian Netflix-Warner Brothers
Logo Netflix dan Warner Bros Discovery kelihatan dalam ilustrasi yang dihasilkan pada 5 Disember 2025. (Gambar: REUTERS/Dado Ruvic)
Diterbitkan : 08 Dec 2025 10:02AM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad (7 Dis) berkata beliau akan memutuskan sama ada usulan penggabungan antara Netflix dengan Warner Brothers patut diteruskan, sambil memberitahu para wartawan bahawa pegangan pasaran entiti gabungan itu boleh menimbulkan kebimbangan.

"Saya terlibat dalam keputusan itu," kata Encik Trump kepada para wartawan selepas beliau tiba di Kennedy Center bagi acara anugerah tahunan pusat tersebut.

Pada Jumaat (5 Dis). Netflix bersetuju untuk membeli bahagian televisyen, studio perfileman dan divisyen penstriman Warner Bros Discovery pada harga AS$72 bilion (S$93.28 bilion), satu perjanjian yang akan menyerahkan kawalan ke atas salah satu aset paling berharga di Hollywood kepada peneraju penstriman tersebut.

Encik Trump tidak berkata sama ada beliau menyokong kelulusan perjanjian tersebut, namun beliau merujuk kepada kemungkinan berlakunya pemusatan kuasa pasaran dalam industri hiburan.

"Itu terpulang kepada beberapa ahli ekonomi untuk tentukan… Tetapi ia memang bahagian pasaran yang besar. Tidak dinafikan ia boleh menjadi masalah," kata Encik Trump.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita