Trump lancar serangan skala besar terhadap Houthi
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah pesawat milik tentera AS dilancarkan dari kapal USS Harry S Truman yang kini berada di Laut Merah. (Gambar: AP)
SANAA: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump melancarkan serangan ketenteraan terhadap kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman pada Sabtu (15 Mac).
Ia sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan itu ke atas kapal-kapal komersil di Laut Merah.
Encik Trump memberi amaran keras kepada kumpulan Houthi agar menghentikan serangan mereka atau berdepan "serangan yang lebih dahsyat".
Beliau turut memberi amaran kepada Iran, penyokong utama kumpulan itu, agar segera menghentikan sokongan kepada Houthi.
Encik Trump menegaskan bahawa Amerika tidak akan berlembut jika Iran mengancam kepentingan negara itu.
Serangan tersebut merupakan operasi ketenteraan terbesar Amerika di Timur Tengah sejak Encik Trump menyandang semula jawatan presiden pada Januari lalu.
Ia juga dilancarkan sedang Washington meningkatkan tekanan terhadap Tehran bagi memaksa Iran untuk kembali ke meja rundingan berhubung program nuklearnya.
Menurut para pegawai Amerika, serangan yang dilancarkan pada Sabtu (15 Mac) dilakukan sebahagiannya oleh jet-jet pejuang dari kapal induk pesawat USS Harry S Truman yang ditempatkan di Laut Merah.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh markas pusat tentera Amerika menyatakan bahawa serangan itu merupakan permulaan kepada operasi berskala besar di seluruh Yaman.
Encik Trump juga memberi amaran bahawa Amerika akan menggunakan "kuasa maut yang luar biasa" sehingga matlamat mereka tercapai.
Sementara itu, Iran masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung serangan Amerika ke atas Yaman.
Serangan itu dilancarkan beberapa hari selepas Encik Trump menghantar surat kepada pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, bagi menggesa rundingan mengenai program nuklear Iran.
Namun, Encik Khamenei menolak sebarang rundingan dengan Amerika.
Ketegangan semakin meningkat di rantau itu sedang Iran berdepan tekanan dalaman akibat kemarahan rakyat terhadap kemelesetan ekonomi.
Negara-negara Barat terus memantau perkembangan program nuklear Iran yang dikatakan semakin hampir mencapai tahap untuk membangunkan senjata nuklear

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.