Trump laksana tarif 10% ke atas import kayu, 25% bagi kabinet dan perabot
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Donald Trump bercakap kepada media di Rumah Putih, 27 Sep 2025. (Gambar fail: REUTERS/Ken Cedeno)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin (29 Sep) berkata beliau mengenakan tarif 10 peratus ke atas kayu dan kayu balak yang diimport, serta tarif 25 peratus ke atas kabinet dapur, meja solek bilik mandi, dan perabot berkusyen yang diimport, dengan kadar untuk kategori import yang terakhir ini akan dinaikkan tarifnya pada tahun depan.
Encik Trump menandatangani perisytiharan presiden yang membentangkan hujahnya bahawa import kayu dan perabot menjejas keselamatan negara Amerika Syarikat. Ini demi mewajarkan penguatkuasaan tarif baharu itu di bawah Seksyen 232 Akta Perdagangan 1974.
Perisytiharan presiden itu menyatakan kadar tarif baharu itu akan dikuatkuasakan pada 14 Oktober, tetapi menambah bahawa tarif akan dinaikkan pada 1 Januari kepada 30 peratus untuk produk kayu berkusyen dan kepada 50 peratus untuk kabinet dapur dan meja solek yang diimport dari negara-negara yang gagal mencapai perjanjian dengan Amerika Syarikat.
Tindakan itu adalah yang pertama bagi tiga sektor, yang menurut Encik Trump minggu lalu, akan dikenakan tarif baharu yang tinggi seawal 1 Oktober, termasuk import farmaseutikal berpaten dan import trak berat. Namun, perisytiharan pada Isnin menetapkan permulaan cukai kayu dan perabot dua minggu kemudian, iaitu pada pukul 12.01 tengah malam waktu tempatan pada 14 Oktober.
Perisytiharan Encik Trump menyatakan import produk kayu melemahkan ekonomi Amerika Syarikat, mengakibatkan ancaman berterusan terhadap penutupan kilang kayu dan gangguan pada rantaian bekalan produk kayu, serta mengurangkan penggunaan industri kayu domestik Amerika Syarikat.
"Disebabkan oleh keadaan industri kayu Amerika Syarikat, negara kita mungkin tidak dapat memenuhi permintaan untuk produk kayu yang penting kepada pertahanan negara dan prasarana kritikal," menurut kenyataan itu.
Perintah itu menambah bahawa produk kayu digunakan untuk "membina prasarana untuk ujian operasi, perumahan dan penyimpanan untuk kakitangan dan bahan, memunggah peluru, sebagai bahan untuk menghasilkan peluru, dan sebagai komponen dalam sistem pertahanan peluru berpandu dan sistem perlindungan terma untuk kenderaan berkuasa nuklear.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.