Trump kenakan tarif antara 25-40% ke atas 14 negara mulai 1 Ogos
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: TASOS KATOPODIS / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)
WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada Isnin (7 Jul) mula memaklumkan rakan dagangan, iaitu dari pembekal utama seperti Jepun dan Korea Selatan hingga ke pemain kecil – bahawa tarif Amerika yang jauh lebih tinggi akan bermula pada 1 Ogos.
Ini sekali gus menandakan fasa baharu dalam perang dagang yang dimulakannya pada awal tahun ini.
Setakat ini, 14 negara sudah menerima surat itu, termasuk pengeksport lebih kecil ke Amerika seperti Serbia, Thailand dan Tunisia, yang memberi bayangan tentang peluang untuk rundingan tambahan, sambil memberi amaran bahawa sebarang langkah balas akan dibalas secara setimpal.
Encik Trump berkata pada Isnin bahawa Amerika Syarikat akan mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas Tunisia, Malaysia dan Kazakhstan; 30 peratus ke atas Afrika Selatan, Bosnia dan Herzegovina; 32 peratus ke atas Indonesia; 35 peratus ke atas Serbia dan Bangladesh; 36 peratus ke atas Kemboja dan Thailand; dan 40 peratus ke atas Laos dan Myanmar.
"Jika atas apa-apa sebab anda memutuskan untuk menaikkan tarif anda, maka apa pun jumlah yang anda pilih untuk dinaikkan, akan ditambah kepada 25 peratus yang kami kenakan," kata Encik Trump dalam surat yang dikeluarkan di platform Truth Social miliknya kepada Jepun dan Korea Selatan.
Tarif lebih tinggi itu akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos, dan secara khusus tidak akan digabungkan dengan tarif sektor yang diumumkan sebelum ini seperti ke atas kereta serta keluli dan aluminium.
Ini bermakna, misalnya, tarif ke atas kenderaan Jepun akan kekal pada kadar 25 peratus, dan bukannya meningkat kepada 50 peratus dengan kadar balas baharu seperti yang berlaku dalam beberapa tarif Encik Trump yang lain.
Kini masa semakin suntuk bagi negara-negara untuk memuktamadkan perjanjian dengan Amerika Syarikat selepas Encik Trump pada bulan April melancarkan perang dagang global yang menggoncang pasaran kewangan dan memaksa pembuat dasar bertindak bagi melindungi ekonomi masing-masing.
Rakan dagangan diberi sedikit kelonggaran apabila Encik Trump menandatangani perintah eksekutif pada Isnin yang melanjutkan tarikh akhir rundingan dari Rabu kepada 1 Ogos.
Kadar untuk Korea Selatan adalah sama seperti yang diumumkan Encik Trump pada awalnya, manakala kadar untuk Jepun adalah 1 mata lebih tinggi berbanding yang diumumkan pada 2 April.
Seminggu kemudian, beliau menghadkan semua tarif balasan pada kadar 10 peratus sehingga Rabu. Hanya dua perjanjian sudah dicapai setakat ini, iaitu dengan Britain dan Vietnam.
Korea Selatan menyatakan ia merancang untuk mempertingkatkan rundingan perdagangan dengan Amerika dan menganggap rancangan Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus mulai 1 Ogos sebagai lanjutan untuk pelaksanaan tarif balasan.
Tiada maklum balas diterima daripada kedutaan Jepun di Washington.
BLOK PERDAGANGAN
Kesatuan Eropah (EU) tidak akan menerima surat mengenai tarif lebih tinggi, menurut sumber EU yang mengetahui perkara itu kepada Reuters pada Isnin.
EU masih menyasarkan untuk mencapai perjanjian perdagangan menjelang 9 Julai selepas Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dan Encik Trump mengadakan "pertukaran yang baik", kata jurucakap suruhanjaya itu.
Namun, tidak jelas sama ada terdapat kejayaan yang bermakna dalam rundingan bagi mengelakkan kenaikan tarif terhadap rakan dagang terbesar Amerika Syarikat.
EU kini berbelah bahagi sama ada mahu mengejar perjanjian perdagangan atau menggunakan kekuatan ekonominya untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
Ia sudah pun mengetepikan harapan untuk mencapai perjanjian perdagangan menyeluruh sebelum tarikh akhir Julai.
Encik Trump juga berkata beliau mungkin mengenakan tarif sebanyak 17 peratus ke atas eksport makanan dan pertanian dari EU.
Presiden itu turut mengancam pemimpin negara membangun dalam kumpulan BRICS yang sedang bermesyuarat di Brazil dengan tarif tambahan sebanyak 10 peratus jika mereka mengamalkan dasar "anti-Amerika".
Kumpulan itu termasuk Brazil, Rusia, India dan China, antara lain.

Sumber : Agensi berita/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.