Skip to main content

Dunia

Trump kenakan tarif 35% ke atas Kanada; kadar 15%-20% bagi negara lain

Anggaran Waktu Membaca:
Trump kenakan tarif 35% ke atas Kanada; kadar 15%-20% bagi negara lain

Kontena kapal di Pelabuhan Montreal di Montreal, Quebec, Kanada pada 14 April 2025. (Gambar: REUTERS/Carlos Osorio)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata pada Khamis (10 Julai) bahawa Amerika Syarikat akan mengenakan tarif sebanyak 35 peratus ke atas import dari Kanada bulan depan.

Amerika juga merancang untuk mengenakan tarif menyeluruh sebanyak 15 atau 20 peratus ke atas kebanyakan rakan dagang lain.

Dalam surat yang dikeluarkan di platform media sosialnya, Encik Trump memberitahu Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, bahawa kadar baharu itu akan berkuat kuasa pada 1 Ogos dan akan dinaikkan jika Kanada bertindak balas.

Encik Trump memperluas perang dagangnya sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan menetapkan tarif baharu terhadap beberapa negara, termasuk sekutu seperti Jepun dan Korea Selatan, serta tarif sebanyak 50 peratus ke atas tembaga.

Dalam wawancara dengan NBC News yang diterbitkan pada Khamis, Encik Trump berkata rakan dagang lain yang belum menerima surat sedemikian kemungkinan besar akan turut dikenakan tarif menyeluruh.

“Bukan semua pihak perlu terima surat. Kami hanya menetapkan tarif kami,” kata Encik Trump dalam wawancara itu.

“Kami hanya akan nyatakan bahawa semua negara yang masih berbaki perlu membayar, sama ada 20 peratus atau 15 peratus. Kami akan tentukan nanti,” kata Encik Trump, seperti yang dipetik oleh rangkaian itu.
Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita