Trump kenakan tarif 25% ke atas import sesetengah cip canggih
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani satu perisytiharan pada Rabu (14 Jan) bagi menangani kebimbangan terhadap keselamatan negara itu berkaitan import semikonduktor.
Beliau turut mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas cip komputer canggih tertentu, seperti Nvidia H200 dan AMD MI325X, menurut lembaran fakta yang dikeluarkan oleh Rumah Putih.
Cukai 25 peratus itu tidak akan dikenakan ke atas cip yang diimport untuk rantaian bekalan teknologi Amerika Syarikat dan bagi meningkatkan kapasiti pengilangan domestik untuk produk derivatif semikonduktor, menurut dokumen Rumah Putih.
Dalam masa terdekat, Encik Trump juga mungkin akan mengenakan tarif yang lebih meluas ke atas import semikonduktor dan produk derivatifnya untuk memberi insentif kepada pengilangan domestik, menurut lembaran fakta tersebut.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.