Trump kenakan bayaran AS$1 bilion untuk jadi anggota tetap 'Lembaga Keamanan' Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Pemerintah pimpinan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meminta negara-negara untuk membayar AS$1.0 bilion (S$1.3 bilion) untuk menjadi anggota tetap "Lembaga Keamanan" yang bertujuan untuk menyelesaikan konflik, menurut piagam badan itu yang dilihat oleh AFP pada Isnin (19 Jan).
Rumah Putih meminta pelbagai pemimpin dunia untuk menganggotai lembaga tersebut yang dipengerusikan sendiri oleh Encik Trump, termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin, Perdana Menteri Hungary Viktor Orban dan Perdana Menteri Kanada Mark Carney.
Negara-negara anggota - yang diwakili oleh ketua negara masing-masing - dibenarkan menyertai lembaga itu selama tiga tahun, atau lebih lama jika mereka membayar lebih AS$1.0 bilion dalam tempoh tahun pertama, menurut piagam tersebut.
"Setiap Negara Anggota akan berkhidmat bagi tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dari tarikh piagam ini berkuat kuasa, tertakluk kepada pembaharuan oleh Pengerusi," menurut draf piagam lembaga itu.
"Tempoh keahlian selama tiga tahun tidak akan terpakai ke atas Negara Anggota yang menyumbang lebih AS$1,000,000,000 dalam bentuk dana tunai kepada Lembaga Keamanan dalam tempoh tahun pertama piagam ini berkuat kuasa."
Lembaga itu pada asalnya diusulkan untuk memantau pembinaan semula Gaza, tetapi piagamnya nampaknya tidak mengehadkan peranannya hanya kepada wilayah Palestin yang diduduki sahaja.
Rumah Putih menyatakan akan terdapat satu lembaga utama, satu jawatankuasa teknokrat Palestin yang bertujuan untuk mentadbir Gaza yang musnah, dan "lembaga eksekutif" kedua yang nampaknya direka untuk memainkan peranan sebagai penasihat.
"Lembaga Keamanan adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang berusaha untuk mempromosikan kestabilan, memulihkan tadbir urus yang boleh dipercayai dan mengikut lunas undang-undang, serta memastikan keamanan yang berkekalan di kawasan yang terjejas atau terancam oleh konflik," menurut piagam itu.
"INSTITUSI YANG GAGAL"
Lembaga itu nampaknya mengkritik institusi-institusi antarabangsa sedia ada seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan menyatakan bahawa lembaga tersebut harus mempunyai "keberanian untuk beralih daripada pendekatan dan institusi yang terlalu kerap gagal."
Encik Trump kerap mengkritik PBB dan mengumumkan pada bulan ini bahawa Amerika Syarikat akan menarik diri daripada 66 organisasi dan perjanjian global - kira-kira separuh daripadanya bernaung di bawah PBB.
Keahlian lembaga itu akan "dihadkan kepada negara-negara yang diundang untuk menyertainya oleh Pengerusi," menurut draf piagam tersebut.
Encik Trump akan mempunyai kuasa untuk menggugurkan negara anggota daripada lembaga itu (kecuali jika dibantah oleh dua pertiga ahli), dan beliau boleh memilih penggantinya sendiri sekiranya beliau melepaskan jawatan sebagai pengerusi.
"Lembaga Keamanan" ini mula dibentuk pada Sabtu lalu apabila pemimpin Mesir, Turki, Argentina, dan Kanada diminta untuk menyertainya.
Encik Trump juga menamakan beberapa individu sebagai ahli termasuk Setiausaha Negara Marco Rubio, mantan Perdana Menteri Britain Tony Blair, perunding kanan Steve Witkoff, dan menantunya Jared Kushner.
Israel membantah senarai ahli "lembaga eksekutif Gaza" yang akan beroperasi di bawah badan itu, yang merangkumi Menteri Luar Turki Hakan Fidan dan diplomat Qatar Ali Al-Thawadi.
PERANCIS TOLAK UNDANGAN SERTAI "LEMBAGA KEAMANAN"
Perancis "tidak berniat untuk memberikan jawapan positif" terhadap undangan untuk menyertai "Lembaga Keamanan" Presiden Donald Trump, menurut sumber yang rapat dengan Presiden Emmanuel Macron kepada AFP pada Isnin (19 Jan).
Lembaga itu pada asalnya diusulkan untuk memantau pembinaan semula Gaza yang musnah akibat perang, tetapi piagamnya nampaknya tidak mengehadkan peranannya hanya kepada wilayah Palestin yang diduduki.
Piagam itu "melangkaui rangka asal berkaitan Gaza sahaja," kata sumber yang rapat dengan presiden Perancis itu.
"Ia menimbulkan persoalan besar, terutamanya mengenai hormat terhadap prinsip dan struktur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang dalam apa jua keadaan tidak boleh dipersoalkan," tambah mereka.
Perancis adalah anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.
Awal Isnin, kementerian luarnya mengeluarkan kenyataan yang mengulangi komitmen Perancis terhadap PBB.
"Ia (PBB) kekal menjadi asas kepada sistem kerjasama berbilang hala yang berkesan, di mana undang-undang antarabangsa, kesaksamaan kedaulatan negara, dan penyelesaian pertikaian secara aman mengatasi tindakan sewenang-wenang, politik kuasa, dan peperangan," katanya.
Kementerian itu menambah bahawa ia sedang menyemak cadangan rangka undang-undang lembaga itu bersama rakan-rakannya, dan menyuarakan kebimbangan bahawa "projek ini melangkaui situasi di Gaza".
Sekalipun demikian, sumber yang rapat dengan Presiden Perancis menyatakan bahawa Perancis "tetap komited sepenuhnya terhadap gencatan senjata di Gaza dan terhadap hala tuju politik yang boleh dipercayai untuk rakyat Palestin dan Israel".

Sumber : AFP/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.