Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump jawab tuduhan salah guna syarikatnya; kali kedua diheret ke Pejabat Peguam Negara New York

Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tampil di Pejabat Peguam Negara New York untuk menjawab pertuduhan mengenai dakwaan amalan salah guna syarikatnya.

Ini kali kedua Encik Trump hadir di Pejabat Peguam Negara New York itu.

Beberapa ahli Republican turut berada di pejabat Letitia James, yang memfailkan saman ke atas Encik Trump pada tahun lalu, lapor Astro Awani.

Antara lain, saman itu mendakwa Encik Trump dan keluarganya mengelirukan bank dan rakan-rakan niaga dengan memberikan mereka maklumat tidak benar mengenai hartanya serta nilai aset dimilikinya seperti hotel dan padang golf.

Saman yang difailkan itu tiada kaitan dengan dakwaan jenayah dikenakan ke atas Encik Trump minggu lalu oleh peguam Manhattan, yang mencipta sejarah tersendiri di AS apabila seorang mantan Presiden didakwa, seperti dipetik laporan Astro Awani.

Minggu lalu, Encik Trump mengaku tidak bersalah di Mahkamah Manhattan atas 34 tuduhan jenayah berkaitan pembayaran ‘wang menutup mulut’ kepada pelakon filem lucah Stormy Daniels.
Sumber : Agensi berita/AW/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan