Trump jangka Musk akan bongkar penipuan, salah guna sumber dalam audit Pentagon
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden AS Donald Trump tangguh pelaksanaan tarif 25% terhadap Mexico dan Kanada susuli panggilan telefon kepada kedua-dua pemimpin negara. (Gambar: AFP)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau menjangkakan Elon Musk akan menemui berbilion dolar daripada penipuan dan penyalahgunaan sumber di Pentagon apabila audit dijalankan oleh hartawan itu.
"Saya akan memberitahu beliau tidak lama lagi, seperti mungkin dalam tempoh 24 jam, untuk pergi memeriksa Jabatan Pendidikan. ... Kemudian saya akan pergi ke Jabatan Pertahanan. Mari kita periksa tentera," kata Encik Trump dalam wawancara Super Bowl dengan Brett Baier dari Fox News, yang disiarkan pada pagi Ahad (9 Feb).
"Kami akan mencari berbilion, ratusan juta dolar daripada penipuan dan penyalahgunaan sumber," kata Encik Trump mengenai jabatan persekutuan terbesar itu.
Belanjawan Pentagon hampir mencecah AS$1 trilion setahun. Pada Disember lalu, Presiden Joe Biden ketika itu menandatangani rang undang-undang yang membenarkan AS$895 bilion dalam bentuk perbelanjaan pertahanan untuk tahun kewangan yang berakhir pada 30 Sep.
Encik Musk, yang menurut Rumah Putih adalah kakitangan khas pemerintah, telah ditugaskan oleh Encik Trump untuk menerajui usaha mengurangkan saiz tenaga kerja kakitangan persekutuan. Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, para pegawai Encik Musk telah diberikan akses kepada maklumat sulit dalam sistem komputer pelbagai agensi pemerintah.
Para pengkritik berkata usaha itu berkemungkinan menyalahi undang-undang, di samping berisiko mendedahkan maklumat sulit dan memusnahkan seluruh agensi pemerintah tanpa kelulusan kongres.
Penasihat Keselamatan Negara Mike Waltz membayangkan dalam temu bual berasingan pada Ahad (9 Feb) bahawa proses pembinaan kapal Pentagon boleh menjadi bidang kepentingan khusus untuk Jabatan Kecekapan Pemerintah.
"Terdapat banyak perkara yang perlu dilihat dalam pembinaan kapal, yang sangat kucar-kacir," kata Encik Waltz dalam temu bual bersama NBC.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.