Trump isytihar 9 Feb 'Hari Teluk Amerika'
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: ROBERTO SCHMIDT / AFP)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad mengisytiharkan 9 Feb sebagai "Hari Teluk Amerika", lapor Agensi Anadolu (AA).
Encik Trump menandatangani perisytiharan itu di dalam pesawat Air Force One ketika dalam penerbangan merentasi Teluk Mexico menuju ke New Orleans, Louisiana bagi menghadiri perlawanan Super Bowl.
"Saya menyeru para pegawai awam dan seluruh rakyat Amerika Syarikat untuk memperingati hari ini dengan program, upacara dan aktiviti yang bersesuaian," katanya dalam perisytiharan itu.
Pada 20 Jan, selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Encik Trump menandatangani perintah eksekutif yang mengarahkan Setiausaha Dalam Negeri untuk mengambil semua tindakan yang sewajarnya untuk menamakan semula Teluk Mexico kepada "Teluk Amerika".

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.