Skip to main content

Dunia

Trump ikrar 'tiada konsesi' dengan Turki berhubung paderi AS yang ditahan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin (20 Ogos) mengumumkan tidak akan akur kepada sebarang tuntutan dari Turki sebagai pertukaran bagi pembebasan seorang paderi Amerika Syarikat yang ditahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump ikrar 'tiada konsesi' dengan Turki berhubung paderi AS yang ditahan

Encik Donald Trump semasa wawancara bersama Reuters pada 20 Ogos 2018. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 Aug 2018 09:10AM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 09:13AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin (20 Ogos) mengumumkan tidak akan akur kepada sebarang tuntutan dari Turki sebagai pertukaran bagi pembebasan seorang paderi Amerika Syarikat yang ditahan, sambil berkata beliau tidak bimbang jika tindak balas Amerika Syarikat melakasanakan tarif, akan menjejas ekonomi-ekonomi Eropah dan baru muncul.

Dalam wawancara yang menyentuh pelbagai isu bersama Reuters di Pejabat Oval, Encik Trump antara lain berkata beliau "berkemungkinan besar" akan mengadakan pertemuan susulan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan menyatakan beliau akan mempertimbangkan menarik balik sekatan ke atas Rusia jika Moscow mengambil beberapa tindakan sebagai balasan.

Encik Trump berkata beliau sangka sudah berjaya mencapai persetujuan dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan apabila beliau membantu memujuk Israel untuk membebaskan seorang warga Turki yang ditahan. Beliau jangkakan Encik Erdogan akan membebaskan paderi Andrew Brunson, yang menafikan tuduhan Turki bahawa beliau terlibat dalam komplot terhadap Encik Erdogan dua tahun lalu.

"Saya rasa ia amat menyedihkan apa yang Turki lakukan. Saya rasa mereka melakukan kesilapan besar. Tidak akan ada sebarang tolak ansur," kata Encik Trump.

Turki menuntut agar Amerika Syarikat menyerahkan Fethullah Gulen, seorang ulama Turki di Amerika Syarikat yang disyaki terlibat dalam percubaan rampasan kuasa terhadap Encik Erdogan, namun Amerika Syarikat enggan tunduk.

Encik Trump mengenakan tarif ke atas import keluli dan aluminium dari Turki sebagai tindak balas terhadap keengganan Encik Erdogan untuk membebaskan Encik Brunson lantas menimbulkan kebimbangan tentang kesan negatif ke atas ekonomi-ekonomi pasaran Eropah dan baru muncul.

"Saya tidak kisah langsung. Saya tidak kisah. Ini adalah perkara yang wajar dilakukan," katanya, ketika ditanya tentang kemungkinan kesan buruk terhadap ekonomi lain.

Pertikaian itu mengancam untuk menghangatkan lagi perbahalan antara Amerika Syarikat dan Turki, sekutu utama NATO yang merancang untuk membeli peluru berpandu dari Rusia.

Encik Trump berkata: "Saya suka Turki, saya menyukai orang-orang Turki. Sehingga kini saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan presidennya, seperti anda sedia maklum. Saya berhubung baik dengannya, saya mempunyai hubungan yang sangat baik. Namun ia tidak boleh jadi satu hubungan sehala. Tiada lagi hubungan sehala bagi Amerika Syarikat."

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita