Trump ikrar tarif baharu ke atas 8 negara Eropah kerana sokong Greenland
Anggaran Waktu Membaca:
WEST PALM, Florida: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Sabtu (17 Jan) berikrar untuk melaksanakan kenaikan tarif ke atas sekutu-sekutu Eropah sehingga Amerika Syarikat dibenarkan membeli Greenland, sekali gus meningkatkan pertikaian mengenai masa depan pulau Artik yang luas itu.
Dalam catatannya di Truth Social, Encik Trump berkata tarif import tambahan 10 peratus akan berkuat kuasa pada 1 Februari ke atas barangan dari lapan negara Eropah.
Tarif tersebut akan dinaikkan kepada 25 peratus pada 1 Jun dan akan dikekalkan sehingga perjanjian dicapai untuk Amerika Syarikat membeli Greenland, tulis Encik Trump.
Ancaman Encik Trump itu dibuat sedang ribuan orang membantah di ibu kota Greenland terhadap hasratnya untuk memperoleh pulau yang kaya dengan mineral di pintu masuk ke Artik.
Beribu-ribu lagi membantah di Copenhagen dan bandar-bandar Denmark yang lain.
Encik Trump menyasarkan kemarahannya terhadap Denmark, anggota NATO, serta beberapa negara Eropah yang telah mengerahkan tentera sejak kebelakangan ini ke wilayah autonomi tersebut yang luas dengan 57,000 penduduk.
Jika direalisasikan, ancaman Encik Trump terhadap rakan kongsi NATO, Washington akan mewujudkan ketegangan yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam pakatan tersebut.
Ketua Kesatuan Eropah (EU) Ursula von der Leyen dan Antonio Costa, Presiden Majlis Eropah, mengeluarkan kenyataan bersama beberapa jam selepas Encik Trump mengancam beberapa negara Eropah dengan tarif sehingga 25 peratus.
"Tarif akan menjejaskan hubungan rentas Atlantik dan berisiko mencetuskan kesan yang berbahaya," tulis mereka dalam satu catatan di media sosial.
"Eropah akan kekal bersatu, dan komited untuk menegakkan kedaulatannya," tambah mereka.
Kenyataan itu dikeluarkan beberapa hari selepas para pegawai Denmark dan Greenland mengadakan rundingan di Washington mengenai usaha Encik Trump untuk memperoleh wilayah itu, tanpa mencapai persetujuan.
"EU berdiri teguh dalam solidariti yang padu dengan Denmark dan rakyat Greenland," menurut kenyataan EU itu.
"Dialog kekal penting, dan kami komited untuk meneruskan proses yang telah dimulakan minggu lalu antara Pemerintah Denmark dan Amerika Syarikat."

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.