Trump hadiri Konvensyen Republican di Milwaukee kurang 24 jam selepas cubaan bunuh
Anggaran Waktu Membaca:
MILWAUKEE: Mantan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Milwaukee pada Ahad (14 Jul) untuk menghadiri Konvensyen Republican, kurang 24 jam selepas beliau mengalami kecederaan dalam satu percubaan untuk membunuhnya, menurut anak lelakinya Eric Trump.
"Tiba di Milwaukee bersama @realdonaldtrump," kata Encik Eric Trump dalam satu catatan di platform media sosial X berserta video dari kokpit ketika pesawat calon presiden Republican itu, yang dipanggil "Trump Force One" mendarat.
Beberapa individu turut dilihat turun dari pesawat berkenaan di lapangan terbang tersebut di bandar Wisconsin.
Encik Trump berkeras mahu meneruskan rancangannya untuk menghadiri konvesyen tersebut meskipun selepas insiden tembakan pada Sabtu (13 Jul) di satu rapat pilihan raya di Pennsylvania.
Insiden itu menyebabkan seorang individu maut, dua yang lain cedera dan Encik Trump sendiri mengalami kecederaan pada bahagian telinganya.
"Saya tidak boleh membenarkan seorang 'penembak', atau pembunuh, untuk memaksa saya mengubah jadual saya, atau apa-apa lagi," tekan calon Presiden Republican pada awal Ahad di rangkaian Truth Social.
"Lantaran itu, saya akan pergi ke Milwaukee, seperti yang dijadualkan, pada pukul 3.30 petang hari ini," tulisnya, sambil menambah bahawa beliau telah memilih untuk tidak menangguhkan perjalanannya ke Wisconsin.
Para anggota Republican dijangka akan mengesahkan Encik Trump sebagai calon mereka untuk menandingi calon Democrat Joe Biden, dalam percubaannya untuk merampas semula Rumah Putih, pada November ini.
Encik Trump juga akan mengumumkan calon timbalannya pada Isnin.
Beliau secara rasmi menerima pencalonannya pada Khamis dalam ucapan yang akan diikuti oleh berjuta-juta penyokong sebelum melabuhkan tirai konvensyen tersebut dengan mengalu-alukan zaman kegemilangan baharu untuk Amerika, menurut kempennya.

LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.