Trump gesa Thailand, Kemboja patuh gencatan senjata
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berharap Kemboja dan Thailand akan "mematuhi sepenuhnya" komitmen gencatan senjata mereka menyusuli pertempuran semula di sempadan yang dipertikaikan, yang memaksa beribu-ribu penduduk berpindah, kata seorang pegawai pentadbiran kanan pada Isnin (8 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK/PHNOM PENH: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berharap Kemboja dan Thailand akan "mematuhi sepenuhnya" komitmen gencatan senjata mereka menyusuli pertempuran semula di sempadan yang dipertikaikan, yang memaksa beribu-ribu penduduk berpindah, kata seorang pegawai pentadbiran kanan pada Isnin (8 Dis).
“Presiden Trump komited terhadap usaha untuk menghentikan keganasan dan menjangkakan pemerintah Kemboja dan Thailand akan mematuhi sepenuhnya komitmen mereka untuk menamatkan konflik ini,” kata pegawai tersebut, yang bersetuju untuk ditemu bual dengan syarat identitinya tidak dikenal pasti.
Thailand menyatakan jet pejuangnya menyerang Kemboja pada Isnin dalam usaha melumpuhkan keupayaan tentera negara itu, sedang pertempuran yang berlaku sekali lagi melemahkan gencatan senjata rapuh yang diusahakan Encik Trump pada awal tahun ini.
Kedua-dua negara saling tuduh menuduh berhubung pihak mana yang memulakan pertempuran itu yang tercetus pada waktu malam sebelum merebak ke beberapa lokasi, dengan seorang anggota tentera Thailand dan empat orang awam Kemboja terbunuh, menurut para pegawai pihak berkuasa.
Kemboja menuduh Thailand melakukan “tindakan ganas yang tidak berperikemanusiaan dan kejam”, sambil menegaskan bahawa ia tidak bertindak balas, manakala Bangkok pula menyatakan ia melancarkan serangan udara ke atas sasaran ketenteraan selepas negara jirannya menggerakkan senjata berat dan menempatkan semula unit tempurnya.
“Matlamat tentera adalah untuk melumpuhkan keupayaan ketenteraan Kemboja untuk jangka panjang, demi keselamatan anak-anak dan cucu-cucu kita,” kata Ketua Staf Tentera Darat Thailand Jeneral Chaipruak Doungprapat, menurut kenyataan tentera.
Pertempuran itu adalah yang paling sengit sejak berlaku serangan roket berbalas dan bedilan artileri berat selama lima hari pada Julai yang menandakan pertempuran terberat dalam sejarah terkini kedua-dua buah negara, dengan sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dan 300,000 dipindahkan sebelum Encik Trump campur tangan dalam mengusahakan gencatan senjata.
“TIADA RUNDINGAN”
Ketegangan berlarutan sejak Thailand pada bulan lalu menggantung langkah-langkah pengurangan ketegangan yang dipersetujui pada satu sidang puncak yang turut dihadiri Encik Trump, selepas seorang anggota tentera Thailand cedera parah akibat periuk api yang menurut Bangkok baru dipasang oleh Kemboja.
Beberapa periuk api yang mencederakan tujuh anggota tentera Thailand sejak Julai berkemungkinan baru dipasang, lapor Reuters pada Oktober, berdasarkan analisis pakar ke atas bahan yang dikongsi tentera Thailand.
Kemboja menafikan tindakan meletakkan periuk api tersebut.
Sementara itu, Thailand menyatakan bahawa ia tidak akan melaksanakan syarat-syarat gencatan senjata sehingga Kemboja memohon maaf.
Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul pada Isnin berkata kerajaannya akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk melindungi keutuhan wilayahnya dan tidak akan mengadakan rundingan dengan Kemboja.
“Tiada rundingan. Jika pertempuran mahu diakhiri, (Kemboja) perlu melakukan apa yang Thailand tetapkan,” kata beliau, tanpa penghuraian lanjut.
Kementerian Pertahanan Kemboja menyatakan tenteranya diserang secara berterusan tetapi tetap komited terhadap gencatan senjata dan tidak bertindak balas.
“Kemboja menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengecam keras ketidakpatuhan Thailand… serta menuntut Thailand bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan ganas yang berlaku secara terang-terangan ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Tentera Thailand menyatakan Kemboja menggunakan dron untuk menggugurkan beberapa bom ke atas pangkalan Thailand dan menembak roket BM-21 dari lori ke arah kawasan awam.
Seorang pegawai tentera Thailand memberitahu Reuters bahawa sasaran serangan udara termasuk roket jarak jauh buatan China.
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, pengerusi blok serantau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang membantu Encik Trump mengusahakan gencatan senjata tersebut, menggesa ketenangan dan agar saluran perhubungan kekal terbuka.
“Pertempuran semula ini berisiko menjejaskan usaha berhati-hati yang telah dilakukan untuk menstabilkan hubungan,” kata Encik Anwar dalam satu catatan di X.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres menggesa Thailand dan Kemboja supaya bertindak dengan berhemah dan mengelakkan daripada meningkatkan ketegangan, kata jurucakapnya, sambil menambah: “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersedia menyokong semua usaha yang bertujuan mempromosikan keamanan, kestabilan dan pembangunan di rantau ini.”

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.