Trump gesa Cuba 'buat perjanjian sebelum terlambat'
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menggesa Cuba untuk "membuat perjanjian" atau berdepan kesan akibat yang tidak dijelaskannya.
Encik Trump turut memberi amaran bahawa aliran minyak dan wang Venezuela ke Havana kini akan berhenti.
"Saya menggesa mereka untuk membuat perjanjian, sebelum terlambat," tulis Encik Trump di platform media sosialnya Truth Social.
Kenyataannya dibuat seminggu selepas pasukan Amerika Syarikat menangkap pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro, dalam operasi di Caracas yang mengorbankan berpuluh-puluh anggota keselamatan Venezuela dan Cuba.
Pada Ahad (11 Jan), Encik Trump berkongsi semula catatan yang mencadangkan bahawa Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio boleh menjadi presiden Cuba yang kini diperintah komunis.
Beliau turut berkongsi catatan itu dengan komen "Ia satu cadangan yang bagus!".
Dalam satu lagi catatan, Encik Trump berkata: "Cuba hidup, selama bertahun-tahun, dengan jumlah minyak dan wang yang besar dari Venezuela. Sebagai balasan, Cuba menyediakan 'Khidmat Keselamatan' untuk dua pemimpin kuku besi Venezuela, tetapi tidak lagi!"
"Kebanyakan orang Cuba itu terkorban akibat serangan Amerika Syarikat minggu lalu, dan Venezuela tidak lagi memerlukan perlindungan daripada samseng dan pemerasan yang menahan mereka sebagai tebusan selama bertahun-tahun."
Di bawah sekatan perdagangan Amerika Syarikat, Havana semakin bergantung kepada minyak Venezuela sejak 2000, yang disediakan sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dibuat dengan pendahulu Encik Maduro, Hugo Chavez.

Sumber : AFP/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.