Trump gertak tarif 200% ke atas wain Perancis untuk gesa Macron sertai Lembaga Keamanan
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau akan mengenakan tarif sebanyak 200 peratus ke atas wain dan champagne Perancis. Beliau mendakwa langkah itu akan menggesa Presiden Perancis Emmanuel Macron untuk menyertai inisiatif "Lembaga Keamanan" yang bertujuan menyelesaikan konflik global.
Apabila ditanya oleh seorang wartawan mengenai kenyataan Encik Macron yang enggan menyertai lembaga tersebut, Encik Trump berkata: "Adakah beliau berkata begitu? Baiklah, tiada siapa yang mahukannya kerana beliau akan melepaskan jawatan tidak lama lagi."
"Saya akan mengenakan tarif 200 peratus ke atas wain dan champagne, dan beliau akan menyertainya, tetapi beliau tidak wajib untuk menyertai lembaga tersebut," kata Encik Trump.
Menurut sumber terdekat dengan Encik Macron pada Isnin, Perancis berhasrat untuk menolak undangan menyertai inisiatif tersebut buat masa ini.
Encik Trump pada asalnya mencadangkan penubuhan lembaga itu pada September lalu apabila beliau mengumumkan rancangan untuk menamatkan perang di Gaza. Namun, undangan yang dihantar kepada pemimpin dunia minggu lalu menggariskan peranan yang lebih luas bagi menamatkan konflik di seluruh dunia.
Menurut dokumen yang dilihat oleh Reuters, draf piagam yang dihantar kepada kira-kira 60 buah negara oleh pentadbiran Amerika Syarikat meminta negara anggota untuk menyumbang AS$1 bilion dalam bentuk tunai jika mereka mahu keahlian mereka bertahan lebih daripada tiga tahun.
Pemerintaj-pemerintah dunia bertindak balas dengan berhati-hati terhadap undangan Encik Trump pada Ahad. Para diplomat menyatakan rancangan tersebut boleh menjejaskan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pada Isnin, Encik Trump turut menyatakan bahawa beliau sudah mengundang Presiden Rusia Vladimir Putin untuk menjadi ahli lembaga tersebut. "Beliau sudah diundang," kata Encik Trump.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.