Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump gantung akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden

Anggaran Waktu Membaca:
Trump gantung akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden

Presiden Trump (kiri) dan Encik Joe Biden. (Gambar fail: Gene J Puskar/AP, Tom Brenner/Reuters)

Diterbitkan : 08 Feb 2025 03:37PM Dikemas Kini : 08 Feb 2025 03:38PM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Jumaat (7 Feb) mengumumkan bahawa beliau telah menghentikan akses keselamatan mantan Presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.  

“Tiada keperluan untuk Joe Biden terus menerima akses kepada maklumat sulit. Oleh itu, kami membatalkan kelulusan keselamatan Joe Biden dan menghentikan taklimat risikan hariannya,” tulis Encik Trump dalam satu catatan di platform media sosialnya, Truth Social.  

Encik Trump turut mendakwa bahawa Encik Biden mengalami masalah ingatan yang lemah dan tidak boleh dipercayai untuk mengendalikan maklumat sensitif.  

Beliau juga menegaskan bahawa Encik Biden sendiri melaksanakan perkara itu pada 2021, apabila mengarahkan Komuniti Risikan untuk menghentikan akses Encik Trump, yang ketika itu merupakan mantan presiden, kepada maklumat keselamatan negara iaitu satu keistimewaan yang lazimnya diberikan kepada mantan presiden.  

Tidak lama selepas mengangkat sumpah pada 2021, Encik Biden berkata bahawa beliau tidak percaya Encik Trump seharusnya menerima taklimat risikan kerana tingkah lakunya yang “tidak menentu” serta kebimbangan bahawa maklumat sulit mungkin didedahkan kepada pihak lain.  
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan