Trump enggan undang Afrika Selatan hadiri Sidang Puncak G20 2026
Presiden Donald Trump pada Rabu (26 Nov) berkata beliau mengharamkan Afrika Selatan daripada menyertai Sidang Puncak G20 di kelabnya berhampiran Miami pada tahun depan dan akan memansuhkan semua pembayaran serta subsidi kepada negara itu atas layanannya terhadap wakil Amerika Syarikat semasa mesyuarat global tahun ini.
Anggaran Waktu Membaca:
WEST PALM: Presiden Donald Trump pada Rabu (26 Nov) berkata beliau mengharamkan Afrika Selatan daripada menyertai Sidang Puncak G20 di kelabnya berhampiran Miami pada tahun depan dan akan memansuhkan semua pembayaran serta subsidi kepada negara itu atas layanannya terhadap wakil Amerika Syarikat semasa mesyuarat global tahun ini.
Encik Trump memilih untuk tidak menghantar rombongan Amerika ke sidang puncak tersebut baru-baru ini yang dianjurkan oleh Afrika Selatan, dengan alasan beliau berbuat demikian kerana orang Afrika Selatan berkulit putih dipercayai dianiaya secara ganas. Dakwaan itu ditolak Afrika Selatan, yang pernah bergelut dengan dasar apartheid selama berdekad-dekad, sebagai tidak berasas.
Presiden dari Parti Republican itu, dalam satu catatan di media sosial, berkata Afrika Selatan enggan menyerahkan tanggungjawab penganjuran G20 kepada seorang wakil kanan Kedutaan Amerika Syarikat apabila sidang puncak tersebut melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu.
“Oleh itu, atas arahan saya, Afrika Selatan TIDAK akan menerima undangan ke G20 2026, yang akan dihoskan di bandar hebat Miami, Florida tahun depan,” kata Encik Trump di Truth Social.
“Afrika Selatan telah menunjukkan kepada Dunia bahawa mereka bukan sebuah negara yang layak menjadi anggota di mana-mana,” kata Encik Trump, “dan kami akan memansuhkan semua pembayaran dan subsidi kepada mereka, dengan serta-merta.”
Dari segi beberapa aspek, Encik Trump menganggap Sidang Puncak G20 tahun depan sebagai sesuatu yang bersifat peribadi, memandangkan beliau mengumumkan bahawa ia akan diadakan di kelab golfnya di Doral, Florida.
Sidang puncak tahun ini yang berlangsung di Johannesburg merupakan yang pertama diadakan di Afrika, dan diboikot oleh Amerika Syarikat, anggota pengasas G20 dan ekonomi terbesar dunia.
Perisytiharan mesyuarat tersebut, yang memberi lebih perhatian kepada isu-isu yang menjejaskan negara-negara membangun, tidak ditandatangani oleh Washington, dan pentadbiran Presiden Trump turut menyuarakan bantahan terhadap agenda Afrika Selatan, khususnya terhadap perkara-perkara yang menumpukan perhatian kepada perubahan iklim.
Pada Isnin (24 Nov), Amerika Syarikat mengambil alih jawatan presiden bergilir G20, menjadikan kesan rancangan jangka panjang perisytiharan Afrika Selatan tidak jelas.

Sumber : AP/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.