Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump enggan serah kalah; desak Georgia kira semula undi

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan mengadakan perbualan telefon dengan Setiausaha Wilayah Georgia, Brad Raffensperger dan mendesak Georgia supaya mengira semula undi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Trump enggan serah kalah; desak Georgia kira semula undi

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 04 Jan 2021 11:50AM Dikemas Kini : 04 Jan 2021 11:52AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan mengadakan perbualan telefon dengan Setiausaha Wilayah Georgia, Brad Raffensperger dan mendesak Georgia supaya mengira semula undi. 

Akhbar Washington Post yang memperolehi rakaman perbualan itu pada Ahad (3 Jan) melaporkan, turut menyertai perbualan berkenaan ialah setiausaha penasihat undang-undang, Ryan Germany.

"Apa yang ingin saya lakukan hanyalah... saya mahu memperoleh 11,780 undi, yang lebih banyak daripada yang kita ada. Kerana kita menang di wilayah ini," kata Encik Trump.

"Tidak mungkin saya kehilangan Georgia. Tidak mungkin. Kami menang dengan ratusan ribu undi."

Encik Trump berkata jika Encik Raffensperger gagal mendapatkan jumlah undi itu, beliau dan Ryan Germany bakal berdepan tindakan kerana memusnahkan kertas undi untuk menghalang siasatan.

"Itu kesalahan jenayah," kata Encik Trump. "Anda tidak boleh membiarkannya. Itu risiko besar bagi anda dan Ryan, peguam anda."

Perkiraan jumlah undi di Georgia dilakukan sebanyak tiga kali, setiap kali ia menunjukkan calon Demokrat Joe Biden menewaskan Trump dengan jurang yang tipis. Biden diumumkan memenangi semua 16 undi badan perwakilan di Georgia.

Pelantikan rasmi Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat dijadual berlangsung pada 20 Januari.

Encik Trump enggan menerima kekalahannya walaupun 60 petisyen yang dikemukakan kempennya sejak sebulan lalu telah ditolak.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan