Trump enggan mengaku kalah, ganggu proses peralihan kuasa ke Rumah Putih
Pasukan bakal Presiden Amerika Joe Biden sedang menimbangkan pilihan undang-undang jika pentadbiran Donald Trump terus menangguhkan peralihan kuasa ke Rumah Putih.

Donald Trump. (Gambar: AFP/Brendan Smialowski)
WASHINGTON: Pasukan bakal Presiden Amerika Joe Biden sedang menimbangkan pilihan undang-undang jika pentadbiran Donald Trump terus menangguhkan peralihan kuasa ke Rumah Putih.
Presiden Trump dijadual meninggalkan Rumah Putih pada 20 Januari depan, tetapi keengganannya untuk mengaku kalah, mengganggu proses peralihan kuasa.
Encik Trump juga terus memfailkan kes di mahkamah memaksa pegawai di Pennsylvania, daripada mengesahkan kemenangan Encik Biden di wilayah tersebut.
Peguam Negara William Barr juga sudah meluluskan agar beberapa pendakwaraya federal membuka siasatan terhadap dakwaan salah laku pengundian Presiden Amerika itu.
Ia berlaku selepas Encik Barr menemui Ketua Majoriti Dewan Senat Amerika, Mitch McConnell, yang sebelum itu mempertahankan tindakan Encik Trump untuk mempersoalkan keputusan Pilihan Raya Presiden serta menuntut kiraan semula undi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.