Trump dijangka ke Korea Selatan untuk APEC tetapi mungkin tidak hadir sidang puncak
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dijangka melawat Korea Selatan sempena forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), tetapi besar kemungkinan tidak akan menghadiri Sidang Puncak Pemimpin APEC, kata Menteri Luar Korea Selatan Cho Hyun, pada Isnin (13 Okt), lapor Agensi Berita Yonhap.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berjalan di South Lawn selepas tiba di Rumah Putih menaiki pesawat Marine One, pada Jumaat, 10 Oktober 2025, di Washington. (Gambar fail: AP/Alex Brandon)
Encik Cho membuat kenyataan itu semasa sesi audit parlimen terhadap kementeriannya, ketika Seoul dan Washington sedang berbincang untuk menyelaras lawatan dua hari Encik Trump ke Korea Selatan dari 29 hingga 30 Oktober, menjelang Sidang Puncak APEC yang dijadualkan berlangsung pada 31 Oktober hingga 1 November di Bandar Gyeongju, tenggara Korea Selatan.
Apabila ditanya sama ada Encik Trump akan melawat Korea Selatan, Encik Cho menjawab, "Ya," sambil berkata terdapat "kemungkinan tinggi" Encik Trump tidak akan hadir ke sidang puncak pemimpin APEC.
Encik Trump dijangka menghadiri Sidang Puncak CEO APEC yang berlangsung dari 29 hingga 31 Oktober dan beberapa acara lain, tanpa menyertai sidang puncak utama bersama pemimpin APEC.
Apabila ditanya sama ada akan berlaku pertemuan antara Encik Trump dan Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung, Encik Cho menjawab secara positif dan menolak kemungkinan hanya pertemuan singkat di luar acara utama.
âLokasi pertemuan Korea-AS kemungkinan besar di Gyeongju,â kata Encik Cho.
Beliau turut mengatakan bahawa perbincangan antara Presiden Lee dengan Presiden China, Xi Jinping, serta potensi pertemuan Trump-Xi juga berkemungkinan diadakan di Gyeongju.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.