Skip to main content

Dunia

Trump dedah saranan belanjawan; peruntukan pertahanan naik 10%

Presiden Donald Trump mendedahkan saranan belanjawannya bagi Amerika Syarikat untuk Tahun Kewangan 2019 yang melibatkan pertambahan besar peruntukan pertahanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump dedah saranan belanjawan; peruntukan pertahanan naik 10%

Gambar fail Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Diterbitkan : 13 Feb 2018 09:44PM Dikemas Kini : 13 Feb 2018 10:30PM

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mendedahkan saranan belanjawannya bagi Amerika Syarikat untuk Tahun Kewangan 2019 yang melibatkan pertambahan besar peruntukan pertahanan.

Peruntukan pertahanan berjumlah AS$716 bilion (S$946 bilion) dalam rancangan belanjawan itu adalah yang terbesar sejauh ini.

Ia merupakan kenaikan lebih 10 peratus berbanding peruntukan tahun kewangan sekarang.

Penambahan besar itu bertujuan menyaingi kekuatan ketenteraan China dan Rusia.

Secara keseluruhannya, belanjawan Tahun Kewangan 2019 yang dicadangkan Presiden Trump berjumlah AS$4 trilion (S$5 trilion).

Ia juga termasuk AS$200 bilion (S$264 bilion) bagi membina semula prasarana dan AS$23 bilion (S$30 bilion) untuk keselamatan sempadan. 

Sumber : AFP/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita