Trump dedah edisi terhad pasport baharu Amerika Syarikat
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Jumaat (26 Jun) mendedahkan rupa edisi terhad pasport Amerika Syarikat yang baharu sempena ulang tahun kemerdekaan ke-250 negara itu - di mana ia menampilkan rupa muka Encik Trump yang tegas.
Edisi terhad pasport Amerika Syarikat sempena ulang tahun kemerdekaan ke-250 negara itu menampilkan Presiden Donald Trump. (Gambar: X/WhiteHouse)
"Pasport baharu Amerika, yang tertera 'Selamat datang, tetapi berkelakuan baik!'", kata Encik Trump dalam catatan di platform Truth Social yang menampilkan sampel pasport itu.
Imej itu menampilkan Encik Trump dengan wajahnya yang tegas sambil beliau bersandar pada meja dengan tandatangannya, berlatarbelakang teks Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika.
Ia kelihatan berdasarkan portret yang diambil oleh jurugambar Daniel Torok.
Halaman seterusnya menunjukkan lukisan yang menampilkan pemeteraian deklarasi pada 1776, yang tertera perkataan "Amerika Syarikat 250".
Rumah Putih juga memuat naik gambar sampel pasport dengan perkataan "Pasport Negarawan".
Jabatan Negara Amerika - yang sebelum ini mengumumkan bahawa sebuah pasport peringatan dengan "karya seni tersuai" mula disediakan mulai 6 Julai - namun tidak segera menjawab permohonan komen.
Seorang pegawai jabatan berkata pada April bahawa pasport bertemakan Trump hanya akan disediakan melalui janji temu secara fizikal di Washington "selagi ada stok".
Encik Trump secara agresif meletakkan setem peribadinya pada institusi pemerintah, dengan sepanduk presiden yang berkibaran di luar beberapa bangunan pemerintah dan Jabatan Perbendarahaan menyatakan tanda tangan Encik Trump tidak lama lagi akan muncul pada kertas nota sedolar.
Encik Trump juga meletakkan namanya pada John F Kennedy Center for the Performing Arts - sehingga mahkamah memutuskan bahawa ia sepatutnya digugurkan.
Beliau adalah presiden Amerika Syarikat pertama yang masih berkhidmat, tampil dalam dokumen perjalanan rakyat Amerika.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.