Trump dedah Amerika dijangka capai perjanjian dengan Cuba tidak lama lagi
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Ahad (15 Mac) Amerika Syarikat tidak lama lagi mungkin akan mencapai satu perjanjian dengan Cuba atau akan mengambil tindakan lain, sekali gus memberi isyarat terdapat perkembangan dalam hubungan antara kedua-dua negara itu dalam masa terdekat ini.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Ahad (15 Mac) Amerika Syarikat tidak lama lagi mungkin akan mencapai satu perjanjian dengan Cuba atau akan mengambil tindakan lain, sekali gus memberi isyarat terdapat perkembangan dalam hubungan antara kedua-dua negara itu dalam masa terdekat ini.
“Cuba juga mahu membuat perjanjian, dan saya fikir tidak lama lagi kami sama ada akan membuat perjanjian atau lakukan apa sahaja yang perlu kami lakukan,” kata Encik Trump kepada para wartawan di atas pesawat Air Force One.
“Kami sedang bercakap dengan Cuba, tetapi kami akan selesaikan Iran dahulu sebelum Cuba.”
Kenyataan itu dibuat sedang ketegangan terus memuncak antara Washington dengan Havana menyusuli sekatan selama bertahun-tahun, ketegangan diplomatik serta pertikaian berhubung migrasi dan keselamatan, sedang sekutu serantau serta pelabur memerhatikan dengan teliti sebarang tanda-tanda perubahan dasar.
Presiden Cuba Miguel Díaz-Canel berkata pada Jumaat (13 Mac) negara itu sudah memulakan perbincangan dengan Amerika Syarikat sedang pulau tersebut berdepan salah satu krisis ekonomi paling teruk dalam tempoh beberapa dekad.
“Perbincangan ini bertujuan mencari penyelesaian melalui dialog terhadap perbezaan dua hala antara kedua-dua negara,” kata Encik Díaz-Canel dalam satu video yang disiarkan di televisyen negara.
Encik Díaz-Canel berkata beliau berharap rundingan tersebut dapat mengelakkan kedua-dua seteru lama itu “daripada terjebak dalam konfrontasi”.
Krisis ekonomi negara itu bertambah buruk akibat gangguan bekalan minyak import, yang penting untuk membolehkan pulau tersebut mengendalikan loji jana kuasa dan rangkaian pengangkutannya.
Kekurangan bahan api memaksa pihak berkuasa melaksanakan gangguan bekalan elektrik secara bergilir di seluruh negara serta mengehadkan beberapa perkhidmatan awam.
Encik Trump, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, membuat beberapa kenyataan bahawa Cuba berada di ambang keruntuhan atau mahu membuat perjanjian dengan Amerika Syarikat.
Pada Isnin, beliau berkata Cuba mungkin tertakluk kepada satu “pengambilalihan tanpa paksaan”, sebelum menambah, “ia mungkin bukan pengambilalihan tanpa paksaan”.
Walaupun terdapat hubungan semula antara kedua-dua pihak, perbezaan ketara masih wujud antara kedua-dua pemerintah.
Pegawai Amerika Syarikat mencadangkan bahawa sebarang kelonggaran tekanan berkemungkinan bergantung kepada konsesi politik dan ekonomi daripada Havana, sementara pemimpin Cuba menegaskan bahawa rundingan itu mesti menghormati kemerdekaan pulau itu.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.