Trump dan Kim akan berhubung menerusi telefon esok susulan sidang puncak pada 12 Jun
Pejabat Presiden Korea Selatan mengalu-alukan berita Presiden Amerika Donald Trump akan bercakap dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menerusi telefon.
PYONGYANG: Pejabat Presiden Korea Selatan mengalu-alukan berita Presiden Amerika Donald Trump akan bercakap dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menerusi telefon.
Dalam satu mesej mempertahankan perjanjiannya dengan Encik Kim, pemimpin Amerika itu berkata beliau perlu memanfaatkan peluang untuk mengelakkan konflik nuklear dengan apa cara sekalipun.
Presiden Trump berkata dunia menyaksikan banyak konflik dan jika ada peluang untuk menamatkan ancaman nuklear, negara-negara harus berusaha sedaya upaya.
Pada Jumaat (15 Jun), Presiden Trump memberi Encik Kim nombor telefon langsung untuk pemimpin Korea Utara itu menghubunginya.
Encik Trump pula merancang menelefon Encik Kim untuk berbual, esok.
Agensi Berita Yonhap menukil seorang pegawai sebagai berkata kedua-dua orang pemimpin itu akan berhubung menerusi telefon esok, bagi membincangkan cara-cara melaksanakan kenyataan bersama yang dicapai dalam sidang puncak mereka pada 12 Jun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.