Skip to main content

Dunia

Trump dakwa tidak sedar video papar Obama sebagai kera

Anggaran Waktu Membaca:
Trump dakwa tidak sedar video papar Obama sebagai kera
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bercakap kepada wartawan di atas pesawat Air Force One dalam penerbangan dari Florida ke Joint Base Andrews, Maryland, pada 4 Januari 2026. (Gambar: REUTERS/Jonathan Ernst)
Diterbitkan : 07 Feb 2026 06:03PM Dikemas Kini : 07 Feb 2026 06:34PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau "tidak menyedari" satu video berbaur perkauman di media sosial memaparkan mantan Presiden Barack Obama dan isterinya, Michelle Obama sebagai kera.

Video itu yang disunting dengan lagu 'The Lion Sleeps Tonight' berdurasi 62 saat dan ia mengandungi dakwaan tentang penipuan pengundi semasa Pilihan Raya Presiden 2020.

Video itu kemudian dipadamkan.

Bercakap kepada wartawan pada Jumaat (6 Feb), Encik Trump berkata "beliau tidak melakukan kesilapan" apabila ditanya sama ada beliau akan memohon maaf atas video itu.

Encik Trump mendakwa beliau hanya menonton permulaan video itu sebelum ia dikongsi oleh seorang kakitangan dan tidak menyedari ia mengandungi paparan Encik Obama itu.

Senator Republican Tim Scott - yang berkulit hitam - menyifatkannya sebagai "perkara paling perkauman yang pernah saya lihat dari Rumah Putih".

Rumah Putih pada mulanya mempertahankan video itu sebagai "satu video meme internet" dan menggesa para pengkritik supaya "menghentikan kemarahan palsu".

Namun selepas menerima tindak balas yang meluas termasuk daripada beberapa senator Republican, catatan itu dipadamkan daripada akaun Truth Social Trump sementara seorang pegawai Rumah Putih berkata seorang kakitangan "tersilap" membuat catatan itu.

Keluarga Obama masih belum mengulas mengenai video tersebut.

Video itu adalah salah satu daripada puluhan video yang dimut naik ke akaun Truth Social Trump semalaman.

Sumber : Agensi berita/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita