Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump dakwa perintah jarak selamat tidak dikenakan secara adil terhadap kumpulan agama berlainan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa negaranya secara tidak adil menyasarkan penganut Kristian dengan tidak membenarkan mereka mengadakan perhimpunan keagamaan sementara peraturan sama seolah-olah tidak dikuatkuasakan terhadap masyarakat Islam menjelang Ramadan.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump dakwa perintah jarak selamat tidak dikenakan secara adil terhadap kumpulan agama berlainan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 19 Apr 2020 09:21PM Dikemas Kini : 19 Apr 2020 09:30PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa negaranya secara tidak adil menyasarkan penganut Kristian dengan tidak membenarkan mereka mengadakan perhimpunan keagamaan sementara peraturan sama seolah-olah tidak dikuatkuasakan terhadap masyarakat Islam menjelang Ramadan.

"Saya baru sahaja bercakap dengan pemimpin negeri dan mereka yang sayang masjid," kata Presiden Trump dalam satu sidang media.

"Mereka suka masjid dan saya menghormati itu. Namun saya perlu katakan mungkin ada ketidakadilan. Dan kita perlu memantau keadaan.

"Kerana saya melihat jurang ketara di negara ini," tambah beliau seperti dipetik Daily Mail.

Terdahulu, Presiden Trump dilaporkan mengongsi tweet seorang penulis konservatif yang berbunyi: "Kita lihat jika pihak berkuasa akan mengenakan perintah jarak selamat bagi masjid-masjid semasa Ramadan seperti dikenakan ke atas gereja semasa Easter."

Presiden Trump diminta mengulas sebab beliau mengongsi catatan itu dan jika beliau percaya imam di negaranya akan mengajak para jemaah melanggar garis panduan jarak selamat.

Presiden Trump berkata: "Tidak, saya fikir, tidak sama sekali."

"Saya seseorang yang menghormati kepercayaan lain tetapi anggota politik kita seakan memperlakukan setiap kumpulan agama secara berlainan," tambah beliau.

Presiden Trump pernah dituduh menggunakan retorik anti-Islam semasa baru masuk pejabat dan salah satu tindakan pertamanya termasuk melarang pengunjung dari beberapa negara yang majoritinya beragama Islam.

Lebih 700,000 kes COVID-19 dilaporkan di Amerika Syarikat. Ini memaksa tempat-tempat ibadah di merata negara itu menutup pintunya.

Kumpulan Islam Amerika Utara dan pakar-pakar perubatan Islam sudahpun menggesa agar solat berjemaah ditiadakan, selain menasihatkan orang ramai agar tidak berhimpun.

Golongan Yahudi Amerika juga diminta supaya menjalankan acara keagamaan secara maya.

Meskipun langkah-langkah serupa disampaikan kepada sebahagian besar masyarakat Kristian, seorang paderi di Virginia terus berdakwah dan melanggar peraturan duduk rumah. Beliau meninggal dunia seminggu lalu akibat COVID-19.

Paderi di dua gereja di Florida dan Louisiana juga diberkas atas kesalahan melanggar perintah jangan keluar rumah.  

Sumber : AFP/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan