Skip to main content

Dunia

Trump dakwa Cuba minta bantuan, rundingan bakal diadakan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa (12 Mei) berkata Cuba meminta bantuan dan “kami akan berbincang”, tanpa memberikan butiran lanjut.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump dakwa Cuba minta bantuan, rundingan bakal diadakan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendengarkan pertanyaan wartawan di Rumah Putih di Washington, DC, Amerika Syarikat, pada 8 Mei 2026. (Gambar fail: REUTERS/Elizabeth Frantz)

Diterbitkan : 12 May 2026 11:21PM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa (12 Mei) berkata Cuba meminta bantuan dan “kami akan berbincang”, tanpa memberikan butiran lanjut.

“Tiada Republican yang pernah bercakap kepada saya mengenai Cuba, sebuah negara yang gagal dan hanya menuju ke arah - kemerosotan! Cuba sedang meminta bantuan, dan kami akan berbincang!!! Sementara itu, saya sedang menuju ke China!” tulis Encik Trump dalam satu catatan di Truth Social.

Wakil Rumah Putih dan Jabatan Negara Amerika Syarikat tidak dapat dihubungi dengan segera untuk mendapatkan komen. Wakil dari Havana juga tidak dapat dihubungi.

Encik Trump sebelum ini mengancam bahawa Cuba adalah “sasaran seterusnya” selepas tentera Amerika Syarikat menahan pemimpin Venezuela, sekutu lama Cuba, awal tahun ini. Sejak itu, beliau mengenakan sekatan kewangan baharu dan memperluaskan sekatan sedia ada.

Pentadbirannya juga mengenakan sekatan bahan api, mengehadkan perjalanan dan kiriman wang dari Amerika Syarikat ke negara kepulauan itu, di samping usaha untuk menghalang sekutu serantau daripada mendapatkan khidmat para doktor Cuba.

China, yang bakal dikunjungi Encik Trump minggu ini untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping, menggesa Washington supaya menamatkan embargo dan sekatan yang dikenakannya terhadap Havana dengan segera.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita