Trump dakwa berjaya 'hentikan perang' dengan kekalkan gencatan senjata antara Kemboja, Thailand
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat (14 Nov) beliau berjaya mendamaikan permusuhan antara Kemboja dengan Thailand.
Encik Trump menambah beliau juga berjaya mempertahankan pelaksanaan gencatan senjata antara kedua-dua negara itu, yang seolah-olah hampir gagal.
"Saya hentikan perang sebentar tadi," kata Encik Trump kepada para wartawan ketika berada di dalam pesawat Air Force One untuk melakukan perjalanan ke estet Mar-a-Lagonya di Florida pada hujung minggu.
Menurut Encik Trump lagi, tindakannya itu menjadi satu kenyataan hasil kesediaannya mengenakan tarif tinggi ke atas beberapa negara di seluruh dunia.
Beliau percaya ia memberi Amerika kelebihan besar dari segi perdagangan dan diplomasi.
Encik Trump turut berkongsi bahawa beliau sempat berbual dengan kedua-dua Perdana Menteri Kemboja dan Thailand menerusi panggilan telefon.
"Mereka sedang dalam keadaan baik. Mereka tidak dalam keadaan baik sebelum ini," jelas Encik Trump.
"Saya rasa mereka akan baik-baik saja."
Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul berkata pada Sabtu bahawa Bangkok tidak akan mematuhi perjanjian itu kecuali jika Kemboja mengakui pelanggarannya dan mengeluarkan permohonan maaf atas insiden terbaharu itu.

Encik Anutin memuat naik satu catatan di Facebook selepas bercakap dengan Encik Trump dan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim bahawa Thailand mempunyai hak untuk mengambil tindakan wajar untuk melindungi kedaulatannya dan memastikan keselamatan rakyat dan hartanya daripada ancaman asing.
Encik Anutin berkata beliau sudah pun meminta Encik Trump dan Encik Anwar, yang berperanan sebagai pengantara dalam pertikaian berkenaan, untuk memberitahu Perdana Menteri Kemboja Hun Manet supaya mematuhi perjanjian tersebut dan tidak campur tangan dalam usaha penghapusan periuk api.
Sementara itu, Encik Hun Manet menyatakan dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu bahawa Phnom Penh akan terus melaksanakan perjanjian itu dan berharap kedua-dua pihak akan terus bekerjasama sambil mematuhi prinsip dan mekanisme yang dipersetujui.
Encik Trump juga berhubungan dengan Malaysia pada Jumaat, menurut seorang pegawai Rumah Putih
Dalam satu catatan di platform X, Encik Anwar berkata Kemboja dan Thailand bersedia untuk "terus memilih ruang bagi dialog dan usaha diplomatik sebagai satu jalan penyelesaian yang berkesan".
Pertikaian wilayah berhubung di mana sebenarnya terletak sempadan antara Kemboja dengan Thailand mencetuskan konflik bersenjata selama lima hari pada lewat Julai, dan mengorbankan puluhan askar dan orang awam.
Encik Trump mengancam untuk membataskan keistimewaan perdagangan daripada kedua-dua negara melainkan mereka berhenti berperang, sekali gus membantu untuk menjadi pengantara penghentian sementara konflik tersebut.
Perjanjian itu kemudiannya disahkan dengan lebih terperinci pada bulan lalu, apabila Encik Trump menghadiri mesyuarat puncak Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Malaysia.
Walau bagaimanapun, gencatan senjata itu kelihatan hampir runtuh minggu ini, apabila Encik Hun Manet mendakwa seorang penduduk kampung terbunuh selepas satu insiden tembakan meletus di sepanjang sempadan negaranya dengan Thailand.
Malah, gencatan senjata tersebut tidak menetapkan sebarang hala tuju bagi menyelesaikan asas pertikaian tersebut, iaitu perbezaan lama mengenai kedudukan sebenar sempadan itu.

Sumber : AP/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.