Trump cuba 'balas dendam', kata Biden dalam ucapan genap 3 tahun selepas serangan Capitol
Anggaran Waktu Membaca:
![Trump cuba 'balas dendam', kata Biden dalam ucapan genap 3 tahun selepas serangan Capitol Trump cuba 'balas dendam', kata Biden dalam ucapan genap 3 tahun selepas serangan Capitol](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--Re1u1i2Q--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2024/01/06/biden.jpg?itok=DtCV2MOd)
Gambar: Mandel Ngan/AFP
PENNSYLVANIA: Presiden Joe Biden pada Jumaat (5 Jan) menuduh mantan presiden Donald Trump menghasut para penyokongnya menyerang bangunan pemerintah di Capitol Hill pada 6 Januari 2021 selepas kalah dalam pilihan raya presiden pada tahun 2020.
Ini sedang Presiden Biden meletakkan masa depan demokrasi Amerika sebagai tumpuan kempennya untuk bertanding semula bagi mengekalkan jawatannya sebagai Presiden.
Beliau juga menuduh Encik Trump mengatur rancangan untuk melakukan "balas dendam" terhadap mereka yang ingin menghukumnya.
Encik Biden menyifatkan Encik Trump dan para penyokongnya sebagai golongan "berbahaya" yang menggugat demokrasi dan kebebasan asas negara itu.
Beliau berkata demikian dalam satu ucapan di Pennsylvania, genap tiga tahun selepas penyokong-penyokong Encik Trump menyerbu bangunan Capitol Amerika.
Encik Trump dijangka menjadi calon utama Parti Republican dalam pilihan raya presiden 2024.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/KH/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.