Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump bincang dengan Putin tamatkan perang Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Trump bincang dengan Putin tamatkan perang Ukraine

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (kiri) dan Presiden Rusia Vladimir Putin (kanan). (Gamber fail: CHARLY TRIBALLEAU, Alexander NEMENOV / AFP)

Diterbitkan : 10 Feb 2025 11:39AM Dikemas Kini : 10 Feb 2025 12:29PM
NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dilaporkan telah berbincang dengan Presiden Rusia Vladimir Putin melalui panggilan telefon berhubung usaha untuk menamatkan perang dengan Ukraine.

Menurut laporan New York Post, ini merupakan perbualan rasmi pertama yang diakui secara terbuka antara pemimpin Rusia dan seorang presiden Amerika sejak awal 2022.

Encik Trump sebelum ini berjanji akan menamatkan konflik tersebut.

Namun beliau masih belum mengemukakan pelan terperinci secara terbuka mengenai langkah-langkah yang akan diambil.

Minggu lalu, beliau menyatakan bahawa Amerika sedang berbincang dengan Rusia dan Ukraine untuk mencari penyelesaian, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Dalam satu temu bual eksklusif dari pesawat Air Force One pada Jumaat (7 Feb), Preisden Trump memberitahu New York Post bahawa beliau "lebih baik tidak menyatakan" berapa kali beliau telah berbincang dengan Encik Putin.

Beliau juga tidak mendedahkan bila perbualan terkini itu diadakan.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, hanya mengesahkan bahawa terdapat "banyak komunikasi berbeza yang sedang berlaku".

Ketika ditemu bual oleh NBC News pada Ahad (9 Feb), Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Mike Waltz, turut enggan memberikan maklumat mengenai bila perbualan antara Presiden Trump dan Presiden Putin diadakan.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan