Skip to main content

Dunia

Trump bincang cara peroleh Greenland, penggunaan tentera Amerika sentiasa satu pilihan: Rumah Putih

Anggaran Waktu Membaca:
Trump bincang cara peroleh Greenland, penggunaan tentera Amerika sentiasa satu pilihan: Rumah Putih
Nuuk, Greenland, pada 11 Mac 2025. (Gambar fail: AFP/Odd Andersen)
Diterbitkan : 07 Jan 2026 07:59AM Dikemas Kini : 07 Jan 2026 08:17AM
WASHINGTON: Rumah Putih menyatakan pada Selasa (6 Jan) bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sedang membincangkan pilihan untuk memperoleh Greenland, termasuk potensi penggunaan tentera Amerika Syarikat, dalam menghidupkan semula cita-citanya untuk mengawal pulau strategik itu walaupun berdepan bantahan daripada negara-negara Eropah.

Encik Trump menganggap perolehan Greenland sebagai satu keutamaan keselamatan negara Amerika Syarikat yang penting untuk "menghalang musuh kita di rantau Artik", menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan.

"Presiden Trump dan pasukannya sedang membincangkan pelbagai pilihan untuk meneruskan matlamat dasar asing yang penting ini, dan tentu sekali, menggunakan ketenteraan Amerika Syarikat sentiasa menjadi pilihan kepada ketua komander," kata Rumah Putih.

Greenland berkali-kali menyatakan ia tidak mahu menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat.

Para pemimpin daripada kuasa utama Eropah dan Kanada memberi sokongan kepada wilayah Arktik itu pada Selasa, sambil menyatakan ia milik penduduknya.

Rampasan tentera Amerika Syarikat ke atas Greenland daripada sekutu lamanya, Denmark, akan memberikan gelombang kejutan menerusi pakatan NATO dan memperdalam jurang antara Encik Trump dengan pemimpin negara Eropah.
Sumber : Reuters/HA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita