Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump berkeras dengan cadangan pindahkan penduduk Palestin dari Gaza

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa (11 Feb) tetap berkeras dengan cadangannya untuk memindahkan penduduk Palestin di Gaza dan membangunkan semula wilayah tersebut sebagai kawasan perumahan mewah.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump berkeras dengan cadangan pindahkan penduduk Palestin dari Gaza

Presiden Trump (kanan) berjabat tangan dengan Raja Abdullah (tengah) sambil diperhatikan Putera Mahkota Jordan, Putera Hussein di Pejabat Oval, White House, Washington, Amerika Syarikat pada 11 Feb. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 12 Feb 2025 08:40AM Dikemas Kini : 12 Feb 2025 08:41AM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa (11 Feb) tetap berkeras dengan cadangannya untuk memindahkan penduduk Palestin di Gaza dan membangunkan semula wilayah tersebut sebagai kawasan perumahan mewah.

Ini walaupun tetamunya di Pejabat Meja Bundar, Raja Abdullah II dari Jordan, memberi isyarat bahawa dunia Arab menentang rancangan tersebut.

Sebaliknya, Encik Trump mengulangi pandangannya bahawa penduduk Palestin perlu dipindahkan keluar dari wilayah musnah itu ke kawasan di negara ketiga, termasuk Jordan walaupun pemimpin negara-negara tersebut membantah.

“Ia bukan perkara yang rumit untuk dilakukan. Dan dengan Amerika Syarikat mengawal kawasan itu, sebuah kawasan yang agak besar, anda akan melihat kestabilan di Asia Barat buat pertama kalinya,” kata Encik Trump di Pejabat Meja Bundar.

Raja Abdullah yang duduk di sebelah Trump bagaimanapun tidak secara lantang menolak idea itu.

Namun, ketidakselesaannya terhadap rancangan itu jelas kelihatan apabila beliau memberi isyarat bahawa cadangan alternatif untuk Gaza akan dikemukakan.

“Saya fikir kita harus ingat bahawa terdapat rancangan dari Mesir dan negara-negara Arab,” kata Raja Abdullah.

“Saya rasa yang penting ialah bagaimana kita boleh menjadikan perkara ini berfungsi dengan cara yang baik untuk semua pihak.”
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan