Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump beri lampu hijau kepada proses peralihan kuasa presiden

Pentadbiran Perkhidmatan Awam (GSA) Amerika Syarikat pada Isnin (23 Nov) dikatakan sudah bersedia untuk memulakan proses peralihan kuasa presiden Amerika secara rasmi, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump beri lampu hijau kepada proses peralihan kuasa presiden

Donald Trump. (Gambar: AFP/Brendan Smialowski)

Diterbitkan : 24 Nov 2020 12:01PM Dikemas Kini : 24 Nov 2020 12:03PM

WASHINGTON: Pentadbiran Perkhidmatan Awam (GSA) Amerika Syarikat pada Isnin (23 Nov) dikatakan sudah bersedia untuk memulakan proses peralihan kuasa presiden Amerika secara rasmi, lapor agensi berita Xinhua.

Pentadbir GSA Emily Murphy memaklumkan perkara itu kepada bakal presiden Encik Joe Biden menerusi sepucuk surat.

Kandungan surat itu antara lain berbunyi "walaupun "perkembangan terkini melibatkan cabaran undang-undang dan pengesahaan keputusan pilihan raya saya membuat keputusan secara bebas, berdasarkan undang-undang dan fakta yang ada."

Presiden Donald Trump menerusi Twitternya pada hari yang sama mengesyorkan bahawa GSA "melakukan apa yang perlu berkaitan dengan protokol awal" dan sudah mengarahkan pasukannya untuk memudahkan proses peralihan pentadbiran kepada Encik Biden, walaupun masih enggan mengaku kalah.

"Kes kami KUAT, kami akan terus berjuang dan saya yakin akan menang!" kata Trump.

Bagaimanapun, katanya lagi, memberi laluan untuk membolehkan proses peralihan kuasa bermula adalah "demi kepentingan negara".  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan