Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump beri bayangan akan diberkas pada Selasa; gesa penyokongnya bantah tindakan pejabat peguam daerah

Anggaran Waktu Membaca:
Trump beri bayangan akan diberkas pada Selasa; gesa penyokongnya bantah tindakan pejabat peguam daerah

Mantan Presiden AS Donald Trump berucap di Rumah Putih di Washington pada 20 Feb 2018. (Gambar fail: AP Photo/Evan Vucci)

NEW YORK: Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjangkakan beliau akan diberkas pada Selasa (21 Mac) bagi kes yang dikemukakan kepada pejabat peguam daerah Manhattan. Beliau turut menggesa para penyokongnya supaya membantah tindakan tersebut.

Demikian menurut satu hantaran di laman Truth Social pada Sabtu (18 Mac).

Jurucakap bagi pejabat peguam daerah bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Encik Trump tanpa mengemukakan bukti menggambarkan berlaku 'ketirisan' dalam pejabat peguam daerah Manhattan dan membayangkan bahawa beliau akan diberkas. Beliau bagaimanapun tidak pula menjelaskan apakah tuduhan-tuduhan yang akan dikenakan terhadapnya.

"Ketirisan dalam pejabat peguam daerah Manhattan yang terpalit dengan rasuah dan bermotif politik ... membayangkan seolah-olah, dengan tiada jenayah dapat dibuktikan .. calon Republican dan mantan presiden Amerika Syarikat itu, akan diberkas pada Selasa minggu depan," tulis Encik Trump dalam catatannya itu.
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan