Trump beri amaran serangan kedua ke atas Venezuela jika pemerintah enggan kerjasama
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad (4 Jan) berkata Amerika Syarikat mungkin melancarkan serangan ketenteraan kedua ke atas Venezuela menyusuli penahanan Presiden Nicolas Maduro sekiranya baki anggota pentadbiran negara itu gagal bekerjasama dengan usahanya untuk “memulihkan” negara berkenaan.
Anggaran Waktu Membaca:
AMERIKA SYARIKAT: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad (4 Jan) berkata Amerika Syarikat mungkin melancarkan serangan ketenteraan kedua ke atas Venezuela menyusuli penahanan Presiden Nicolas Maduro sekiranya baki anggota pentadbiran negara itu gagal bekerjasama dengan usahanya untuk “memulihkan” negara berkenaan.
Kenyataan Encik Trump kepada para wartawan di atas Air Force One membuka kemungkinan campur tangan ketenteraan Amerika Syarikat selanjutnya di Amerika Latin, dan memberi bayangan bahawa Colombia serta Mexico juga boleh berdepan tindakan ketenteraan sekiranya mereka gagal untuk mengurangkan aliran dadah haram ke Amerika Syarikat.
“Operasi Colombia kedengaran baik bagi saya,” kata Encik Trump. Beliau turut berkata bahawa Cuba, sekutu rapat Venezuela, “kelihatan sedia untuk tumbang” dengan sendirinya tanpa tindakan daripada ketenteraan Amerika Syarikat.
Encik Maduro kini ditahan di sebuah pusat tahanan di New York sementara menunggu kehadirannya di mahkamah pada Isnin bagi menghadapi pertuduhan berkaitan dadah.
Penahanannya oleh Amerika Syarikat mencetuskan ketidaktentuan mendalam berhubung langkah seterusnya bagi negara Amerika Selatan yang kaya dengan minyak itu.
Encik Trump berkata pentadbirannya akan bekerjasama dengan baki anggota rejim Encik Maduro untuk membanteras pengedaran dadah dan merombak industri minyak negara tersebut, daripada mendesak pilihan raya dijalankan dengan serta-merta bagi membentuk pemerintah baharu.
Pegawai kanan dalam pemerintah Nicolas Maduro masih kekal berkuasa dan menyifatkan penahanan Encik Maduro serta isterinya, Cilia Flores, sebagai satu penculikan.
“Di sini hanya ada satu presiden, yang namanya Nicolas Maduro Moros. Jangan ada sesiapa yang terpedaya dengan provokasi musuh,” kata Menteri Dalam Negeri Diosdado Cabello dalam satu rakaman audio yang dikeluarkan oleh parti sosialis pemerintah PSUV.
Gambar-gambar Encik Maduro, 63 tahun, dengan matanya ditutup dan tangannya bergari mengejutkan rakyat Venezuela. Operasi itu merupakan campur tangan Washington yang paling berkontroversi di Amerika Latin sejak pencerobohan Panama 37 tahun lalu.
Menteri Pertahanan Jeneral Vladimir Padrino berkata di televisyen negara bahawa serangan Amerika Syarikat mengorbankan para anggota tentera, orang awam dan “sebahagian besar” daripada pasukan keselamatan Encik Maduro “dalam keadaan yang kejam”.
Beliau turut mengatakan bahawa angkatan tentera Venezuela sudah diaktifkan bagi menjamin kedaulatan negara.
Pemerintah Cuba pula memaklumkan 32 warganya terbunuh semasa serbuan tersebut.
Havana menyatakan tempoh berkabung dua hari akan diadakan pada 5 Januari dan 6 Januari, dan pengaturan pengebumian akan diumumkan.
Kenyataan pemerintah Cuba itu tidak memperincikan butiran lanjut, namun menyatakan bahawa kesemua yang terkorban merupakan anggota angkatan tentera dan agensi perisikan Cuba.
Cuba menyediakan sebahagian daripada kawalan keselamatan untuk Encik Maduro sejak beliau meraih kuasa. Tidak jelas berapa ramai warga Cuba yang sedang mengawasi presiden Venezuela itu apabila mereka terbunuh dan berapa ramai lagi yang mungkin terkorban di lokasi lain.
Naib Presiden Delcy Rodriguez, yang juga berkhidmat sebagai menteri minyak, mengambil alih peranan sebagai pemimpin sementara dengan restu mahkamah tertinggi Venezuela dan beliau berkata bahawa Encik Maduro kekal sebagai presiden.
Cik Rodriguez sejak sekian lama dianggap sebagai anggota paling pragmatik dalam lingkaran dalaman Nicolas Maduro. Namun beliau secara terbuka menafikan dakwaan Presiden Amerika Trump bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat.
Encik Trump berkata Cik Rodriguez mungkin akan menghadapi akibat yang lebih buruk daripada Encik Maduro “jika beliau tidak melakukan perkara yang betul”, menurut satu temu bual dengan majalah The Atlantic pada Ahad.
Kementerian komunikasi Venezuela tidak memberi sebarang maklum balas serta-merta terhadap permintaan untuk mengulas kenyataan tersebut.
"KUARANTIN KE ATAS MINYAK MEREKA"
Pentadbiran Encik Trump menyifatkan penahanan Encik Maduro sebagai satu misi penguatkuasaan undang-undang bagi memaksanya berdepan dengan pertuduhan jenayah di Amerika Syarikat yang difailkan pada 2020, termasuk konspirasi pengganasan melibatkan dadah. Encik Maduro menafikan sebarang penglibatan jenayah.
Namun Encik Trump turut berkata bahawa syarikat-syarikat minyak Amerika Syarikat memerlukan “akses penuh” kepada rizab besar negara berkenaan, dan mencadangkan kemasukan pendatang Venezuela ke Amerika Syarikat juga menjadi faktor dalam keputusan untuk menahan Encik Maduro.
“Apa yang benar-benar memainkan peranan (dalam keputusan untuk menahan Encik Maduro) adalah hakikat bahawa beliau menghantar berjuta-juta orang ke negara kami dari penjara dan institusi mental, pengedar dadah, setiap penagih dadah di negaranya dihantar ke negara kami,” kata Encik Trump.
Pemerintah Venezuela sejak berbulan-bulan lalu menyatakan bahawa Encik Trump berhasrat untuk merampas sumber semula jadi negara itu, khususnya minyak, dan para pegawai menekankan kenyataan terdahulu Encik Trump bahawa syarikat-syarikat minyak utama Amerika Syarikat akan masuk ke Venezuela.
“Kami berang kerana akhirnya semuanya terbongkar - ia terbongkar bahawa mereka hanya mahukan minyak kami,” kata Encik Cabello.
Suatu ketika dahulu, Venezuela merupakan antara negara paling makmur di Amerika Latin, namun ekonominya merudum pada 2000an di bawah Presiden Hugo Chavez dan menjunam dengan lebih teruk lagi di bawah Encik Maduro, menyebabkan kira-kira satu daripada lima rakyat Venezuela berpindah ke luar negara dalam salah satu penghijrahan terbesar di dunia.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio berkata pemimpin Venezuela yang seterusnya perlu memastikan industri minyak negara itu tidak jatuh ke tangan musuh Amerika Syarikat serta menghentikan pengedaran dadah, sambil merujuk kepada sekatan berterusan Amerika Syarikat terhadap kapal-kapal tangki.
“Itu bermakna ekonomi mereka tidak akan dapat bergerak ke hadapan sehingga syarat-syarat yang selaras dengan kepentingan nasional Amerika Syarikat dan kepentingan rakyat Venezuela dipenuhi,” kata beliau dalam program This Week di ABC.
JALANAN YANG SUNYI
Sebilangan penyokong Encik Maduro berkumpul dalam satu perarakan bantahan yang ditaja pemerintah pada petang Ahad di Caracas.
Pernah diperintah Sepanyol sebelum ini, “rakyat Venezuela tidak boleh menyerah kalah, dan kita tidak seharusnya menjadi tanah jajahan sesiapa lagi,” kata penunjuk perasaan Reinaldo Mijares.
“Negara ini bukan negara yang lemah.”
Para penyokong pembangkang Encik Maduro di Venezuela berhati-hati untuk meraikan penahanannya, dan kehadiran pasukan keselamatan kelihatan, jika ada sekalipun, lebih ringan daripada biasa pada Ahad.
Walaupun suasana tegang, beberapa kedai roti dan kafe dibuka, dan mereka yang berlari anak serta penunggang basikal keluar seperti biasa. Sebahagian penduduk pula membuat persediaan dengan menyimpan barangan keperluan.
“Semalam saya sangat takut untuk keluar, tetapi hari ini saya terpaksa. Keadaan ini membuatkan saya kehabisan makanan dan saya perlu menguruskannya. Lagipun, rakyat Venezuela sudah biasa bertahan dalam ketakutan,” kata seorang ibu tunggal di bandar minyak Maracaibo yang membeli beras, sayur-sayuran dan tuna.
Mengecewakan pihak pembangkang Venezuela, Encik Trump menolak dengan pantas idea supaya pemimpin pembangkang berusia 58 tahun dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan Maria Corina Machado mengambil alih kuasa, dengan mengatakan bahawa beliau kekurangan sokongan.
Cik Machado dilarang bertanding dalam pilihan raya 2024, namun berkata sekutunya Edmundo Gonzalez, 76 tahun, yang menurut pembangkang dan sebahagian pemerhati antarabangsa memenangi pemilihan itu dengan majoriti besar, mempunyai mandat demokratik untuk mengambil alih jawatan presiden.
PERSOALAN MENANTI
Ketua Democrat Senat Amerika Syarikat Chuck Schumer berkata Rumah Putih gagal menjelaskan berapa lama Amerika Syarikat bercadang untuk berada di Venezuela dan berapa ramai anggota tentera Amerika yang mungkin diperlukan.
“Rakyat Amerika bimbang ini akan mewujudkan perang tanpa penghujung - perkara yang sama yang ditentang Donald Trump ketika berkempen,” kata Encik Schumer dalam rancangan This Week di ABC.
Beliau berkata penggubal undang-undang akan mempertimbangkan satu langkah untuk mengehadkan tindakan lanjut pentadbiran Encik Trump di Venezuela, meskipun prospeknya tidak jelas memandangkan Kongres dikuasai parti Republican pimpinan Encik Trump.
Walaupun banyak negara Barat menentang Encik Maduro, terdapat banyak gesaan supaya Amerika Syarikat menghormati undang-undang antarabangsa, dan persoalan juga timbul mengenai kesahihan dalam menahan seorang ketua negara asing.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merancang untuk bermesyuarat pada Isnin bagi membincangkan serangan tersebut. Russia dan China, kedua-duanya penyokong utama Venezuela, mengecam tindakan Amerika Syarikat.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.