Trump beri amaran penutupan pemerintah mungkin 'berlarutan'
Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa penutupan sebahagian operasi pemerintah Amerika Syarikat, yang pada Rabu (2 Jan) masuk hari ke-12, akan "terus berlarutan" sedang beliau terus berkeras dengan permintaan dana bernilai berbilion dolar bagi membina sebuah tembok di sempadan Mexico.
WASHINGTON: Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa penutupan sebahagian operasi pemerintah Amerika Syarikat, yang pada Rabu (2 Jan) masuk hari ke-12, akan "terus berlarutan" sedang beliau terus berkeras dengan permintaan dana bernilai berbilion dolar bagi membina sebuah tembok di sempadan Mexico.
Sehari sebelum Democrat mengambil alih Dewan Perwakilan, Encik Trump tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda beliau bersedia mengalah daripada permintaan dana AS$5.6 bilion (S$7.6 bilion) untuk membiaya pembinaan sebuah tembok "cantik" di sempadan negara itu.
"Ini soal keselamatan negara," kata beliau semasa mesyuarat kabinet sebelum mengadakan rundingan di Rumah Putih bersama para penggubal undang-undang parti Democrat dan Republican.
"Ia satu perkara yang sangat penting untuk dibiarkan begitu saja," kata presiden itu yang menambah bahawa beliau bersedia untuk bertahan "seberapa lama yang diperlukan" untuk mendapatkan dana yang beliau inginkan daripada Kongres.
"Saya rasa rakyat negara ini turut bersependapat dengan saya" kata Encik Trump, dan "ia akan mengambil masa yang lama" sebelum pemerintah beroperasi seperti biasa.
Encik Trump dijadual mengadakan rundingan dengan penggubal kanan parti Democrat Nancy Pelosi dan Chuck Schumer dalam usaha meleraikan kebuntuan.
Rundingan tersebut adalah yang pertama antara Encik Trump dengan Cik Pelosi, yang akan mengambil alih tugas sebagai Speaker Dewan pada Khamis, dan Encik Schumer, ketua minoriti Senat, sejak satu perbincangan sengit di Pejabat Bundar bersama mereka pada 11 Disember lalu.
Para anggota Democrat berpendapat bahawa tembok berkenaan, salah satu janji utama Encik Trump dalam kempen pilihan raya presiden, adalah satu muslihat untuk mengalihkan tumpuan dari masalah imigrasi yang lebih rumit serta satu helah Encik Trump untuk menggembleng sokongan golongan konservatif.
Kebuntuan tersebut mengakibatkan sebahagian besar fungsi pemerintah persekutuan digantung sepanjang cuti Krismas dan Tahun Baru - dan dijangka akan berlarutan sehingga satu kata sepakat dicapai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.