Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump beri amaran 'kematian & kemusnahan' jika dikenakan tuduhan jenayah

Anggaran Waktu Membaca:
Trump beri amaran 'kematian & kemusnahan' jika dikenakan tuduhan jenayah

Gambar: Anna Moneymake/Getty Images

Diterbitkan : 25 Mar 2023 01:17PM Dikemas Kini : 25 Mar 2023 03:46PM

WASHINGTON: Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran mengenai potensi 'kematian dan kemusnahan' jika dikenakan tuduhan jenayah.

Encik Trump membuat kenyataan itu di wadah media sosial peribadinya pada Jumaat (24 Mac), sekali gus mencetuskan kebimbangan akan berulangnya serangan berdarah seperti yang didalangi pengikutnya pada 2021 di bangunan Capitol.

Catatan itu merupakan perkembangan terbarunya dalam rentetan serangan lisan terhadap Peguam Daerah Manhattan, Alvin Bragg sejak Sabtu lalu apabila Encik Trump tersilap meramalkan beliau akan ditangkap dalam tempoh tiga hari.

Pejabat Encik Bragg, dalam surat kepada pengerusi jawatankuasa Kongres parti Republican pada Khamis, mencabar bidang kuasa mereka menyiasat pejabatnya dan berkata Encik Trump telah "menyebarkan khabar palsu dengan berkata beliau akan ditangkap" dalam catatannya pada Sabtu lalu.

Kandungan surat itu juga menyifatkan permintaan pengerusi untuk komunikasi, dokumen dan keterangan sebagai satu 'pencabulan yang menyalahi undang-undang dan kedaulatan New York'.

Sebelum ini, Encik Trump berkata beliau akan diberkas berhubung siasatan di New York yang mendakwa beliau telah membayar seorang pelakon filem lucah supaya 'tutup mulut' mengenai hubungan sulit mereka, menjelang pilihan raya presiden 2016.

Encik Trump menafikan pernah mempunyai hubungan sulit dengan Stormy Daniels, menyifatkannya sebagai satu "urus niaga peribadi". Tegasnya juga, siasatan itu bermotifkan politik.

Juri di Mahkamah Manhattan yang menyiasat Encik Trump tidak akan bersidang semula sehingga minggu depan.

Sumber : Agensi berita/SU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan