Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump bela Ivanka guna emel peribadi untuk urusan negara

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membela Ivanka Trump menyusuli pendedahan bahawa anak perempuannya itu menggunakan akaun emel peribadinya bagi urusan pekerjaan beliau sebagai Penasihat Kanan Rumah Putih.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Nov 2018 10:32PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 10:38PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membela Ivanka Trump menyusuli pendedahan bahawa anak perempuannya itu menggunakan akaun emel peribadinya bagi urusan pekerjaan beliau sebagai Penasihat Kanan Rumah Putih.

Presiden Trump juga menegaskan bahawa perbuatan Cik Ivanka tidak sama seperti yang dilakukan oleh Hillary Clinton semasa beliau menjadi Setiausaha Negara Amerika dalam Pentadbiran Barack Obama.

"Bagi tempoh yang singkat, Ivanka ada membuat beberapa emel. Semua emel itu tidak mengandungi maklumat rahsia, tidak seperti emel-emel Hillary Clinton.

Emel-emel (Ivanka) itu tidak dihapuskan sedangkan Hillary Clinton menghapuskan 33 emelnya. Dia (Ivanka) tidak menyembunyikan emel-emelnya. Saya telah melihat emel-emel Ivanka itu sebentar dan juga rekod-rekod pejabat Presiden, semuanya ada di dalam rekod-rekod itu. Tidak ada yang disembunyikan," tegas Presiden Trump.

Satu semakan Rumah Putih menunjukkan bahawa Cik Ivanka menggunakan emel peribadinya sehingga 100 kali untuk menghubungi para pegawai Pentadbiran Trump yang lain.

Para anggota Dewan Kongres dari parti Republican dan Democrat akan menyiasat perbuatan Cik Ivanka itu.

Bahkan seorang anggota kanan parti Democrat, Elijah Cummings, membayangkan beliau mungkin menyambung siasatan daripada tahun lalu tentang penggunaan emel-emel peribadi oleh para pegawai pentadbiran Presiden Trump.

Encik Cumming dijangka menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyiasat Utama Dewan Perwakilan apabila parti Democrat kembali menguasai dewan itu mulai Januari depan. 

Sumber : AFP/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan