Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump bebas dari semua pendakwaan di Dewan Senat AS

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memanfaatkan sokongan padu parti Republican pada Rabu (5 Feb) untuk dilepaskan daripada pendakwaan ke atasnya di Dewan Senat membabitkan kes penyalahgunaan kuasa dan menghalang tugas Kongres.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump bebas dari semua pendakwaan di Dewan Senat AS

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 06 Feb 2020 06:34PM Dikemas Kini : 06 Feb 2020 06:38PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memanfaatkan sokongan padu parti Republican pada Rabu (5 Feb) untuk dilepaskan daripada pendakwaan ke atasnya di Dewan Senat membabitkan kes penyalahgunaan kuasa dan menghalang tugas Kongres.

Meskipun dibentangkan dengan bukti yang kukuh, para anggota Republican tetap setia dan berjaya mengundi majoriti untuk melepaskan Presiden Trump daripada kedua-dua dakwaan.

Bagi kes penyalahgunaan kuasa, 52 ahli Kongres bersetuju melepaskan Encik Trump sementara 48 tidak bersetuju.

Sementara bagi tuduhan menghalang tugas Kongres, 53 ahli bersetuju melepaskannya berbanding 47 tidak bersetuju membebaskan Presiden ke-45 Amerika itu.

Keputusan itu jauh daripada majoriti dua pertiga yang diperlukan ubtuk beliau disingkirkan.

"Dua pertiga senator yang hadir tidak mendapati beliau bersalah. Dengan itu, Senat memutuskan Presiden Trump tidak bersalah," kata Hakim Besar Mahkamah Tinggi John Roberts yang mengendalikan prosiding.

Encik Trump menjadi presiden ketiga dalam sejarah Amerika Syarikat yang berdepan pendakwaan dan terselamat daripada pendakwaan.

Beliau didakwa menyalahguna kuasa dengan menekan Ukraine menyiasat pesaing politiknya dalam pemilihan semula 2020 dan kemudian menghalang siasatan Kongres terhadap skandal tersebut.

Presiden Trump berulang kali menafikan beliau melakukan sebarang salah laku. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan