Trump arah Pentagon segera uji senjata nuklear Amerika
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau mengarahkan Jabatan Pertahanan supaya segera menyambung semula ujian senjata nuklear atas "dasar sama rata" dengan kuasa nuklear yang lain.
Anggaran Waktu Membaca:
- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau mengarahkan Jabatan Pertahanan supaya segera menyambung semula ujian senjata nuklear atas "dasar sama rata" dengan kuasa nuklear yang lain.
- "Disebabkan oleh program ujian negara-negara lain, saya mengarahkan Jabatan Perang supaya mula menguji Senjata Nuklear kita atas dasar sama rata. Proses itu akan bermula serta-merta," kata Encik Trump di platform Truth Social, menjelang pertemuannya dengan Presiden China Xi Jinping pada Khamis (30 Okt), di Korea Selatan.
- Presiden Vladimir Putin pada Rabu berkata bahawa Rusia berjaya menguji torpedo super berkuasa nuklear, Poseidon, yang menurut penganalisis tentera mampu memusnahkan kawasan pantai dengan mencetuskan gelombang laut radioaktif yang luas.
- Kali terakhir Amerika Syarikat menguji senjata nuklear ialah pada 1992.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau mengarahkan Jabatan Pertahanan supaya segera menyambung semula ujian senjata nuklear atas "dasar sama rata" dengan kuasa nuklear yang lain.
"Disebabkan oleh program ujian negara-negara lain, saya mengarahkan Jabatan Perang supaya mula menguji Senjata Nuklear kita atas dasar sama rata. Proses itu akan bermula serta-merta," kata Encik Trump di platform Truth Social, menjelang pertemuannya dengan Presiden China Xi Jinping pada Khamis (30 Okt), di Korea Selatan.
"Rusia berada di tempat kedua, dan China jauh di tempat ketiga, tetapi akan menjadi sama rata dalam tempoh lima tahun," kata Encik Trump.
Presiden Vladimir Putin pada Rabu berkata bahawa Rusia berjaya menguji torpedo super berkuasa nuklear, Poseidon, yang menurut penganalisis tentera mampu memusnahkan kawasan pantai dengan mencetuskan gelombang laut radioaktif yang luas.
Sedang Encik Trump memperkukuh retorik dan pendiriannya terhadap Rusia, Encik Putin menonjolkan kebolehan nuklearnya dengan menguji peluru berpandu cruise Burevestnik yang baharu pada 21 Oktober dan menjalankan latihan pelancaran nuklear pada 22 Oktober.
Kali terakhir Amerika Syarikat menguji senjata nuklear ialah pada 1992.
Ujian itu membuktikan apa yang boleh dilakukan oleh sebarang senjata nuklear baharu - dan sama ada senjata-senjata lama masih berfungsi.
Selain menyediakan data teknikal, ujian sedemikian akan dilihat di Rusia dan China sebagai percubaan sengaja untuk menegaskan kuasa strategik Amerika.
Amerika Syarikat memulakan era nuklear pada Julai 1945 dengan ujian bom atom 20 kiloton di Alamogordo, New Mexico sebelum ia digugurkan di bandar-bandar Jepun, Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1945 untuk menamatkan Perang Dunia Kedua.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.