Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump arah kenakan tarif tinggi ke atas barangan dari Mexico, Kanada, China

Anggaran Waktu Membaca:
Trump arah kenakan tarif tinggi ke atas barangan dari Mexico, Kanada, China

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: Mandel NGAN / AFP)

Diterbitkan : 02 Feb 2025 11:13AM Dikemas Kini : 02 Feb 2025 11:14AM
WASHINGTON: Presiden Amerika Donald Trump mengarahkan agar tarif 25 peratus dilaksanakan ke atas import Kanada dan Mexico, manakala 10 peratus dikenakan ke atas barangan dari China, mulai Selasa (4 Feb).

Di samping itu, Encik Trump berkata bahawa tarif itu akan terus dilaksanakan sehingga berakhirnya perintah darurat negara ke atas ubat tahan sakit, fentanyl, dan imigresen haram ke Amerika Syarikat.

Produk tenaga dari Kanada hanya akan dikenakan cukai 10 peratus, tetapi import tenaga Mexico akan dikenakan 25 peratus, kata pegawai kepada para wartawan.

Menurut Rumah Putih, cukai itu akan dikenakan "sehingga krisis berkenaan dihuraikan".

Namun, tiada sebarang butiran didedahkan mengenai tindakan yang perlu diambil oleh ketiga-tiga negara itu supaya langkah tersebut dapat ditangguhkan.

Encik Trump sebelum ini berulang kali memberi ancaman akan melaksanakan mengenakan tarif sejurus selepas beliau memenangi pilihan raya Presiden tahun lalu.

Keputusan yang diambil Encik Trump itu mungkin akan mencetuskan tindak balas dan menimbulkan risiko berlakunya perang perdagangan, yang mampu menjejas ekonomi secara meluas bagi semua negara yang terlibat.

Ketiga-tiga negara itu merupakan rakan dagang utama Amerika Syarikat. Lantaran itu, ia mencetuskan kebimbangan bahawa cukai itu akan mendorong kepada harga yang melambung tinggi.

Pegawai wilayah dan eksekutif perniagaan di Kanada meluahkan kemarahan terhadap keputusan Encik Trump, sambil menyeru tarif yang ketat dikenakan ke atas import dari Amerika Syarikat.

Seorang pegawai kanan Mexico pula mendedahkan bahawa Mexico akan turut bertindak balas dengan mengenakan tarif atas barangan dari negara itu.

Kutipan tarif ditetapkan bermula pada 12.01 pagi waktu tempatan(0501 GMT) pada Selasa, menurut perintah bertulis Encik Trump.

Namun, import yang dimuatkan ke dalam kapal atau berada dalam mod persinggahan terakhir mereka sebelum memasuki Amerika Syarikat sebelum 12.01 pagi pada Sabtu, akan dikecualikan daripada dikenakan cukai.

Encik Trump telah mengisytiharkan perintah darurat negara di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa dan Akta Darurat Negara untuk menyokong tarif tersebut, di mana ia sekali gus memberi kuasa kepada Presiden itu untuk mengenakan sekatan dalam menangani krisis.

Walau bagaimanapun, mereka diteliti bagi tarif luas yang dikenakan, menurut peguam perdagangan.

Pegawai Rumah Putih menarik perhatian bahawa tiada pengecualian diberikan bagi pelaksanaan tarif. Malah, sekiranya Kanada, Mexico atau China bertindak balas terhadap eksport Amerika Syarikat, Encik Trump mungkin akan menaikkan cukai Amerika itu.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan