Trump ancam tarif 100% terhadap BRICS jika cipta mata wang baharu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Brandon Bell/Getty Images via AFP)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas negara BRICS sekiranya blok itu mencipta mata wang baharu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Idea untuk negara BRICS cuba beralih daripada penggunaan mata wang dolar, sementara kami hanya melihat, sudah berakhir.
"Kami akan menuntut komitmen daripada negara yang kelihatan bermusuhan ini agar mereka tidak akan mencipta mata wang BRICS yang baharu atau menyokong mana-mana mata wang lain untuk menggantikan dolar Amerika.
"Jika tidak, mereka akan berdepan tarif 100 peratus dan boleh mengucapkan selamat tinggal kepada ekonomi Amerika," tulis Encik Trump di platform Truth Socialnya.
Beliau menegaskan, mustahil mata wang dolar Amerika boleh digantikan dengan mata wang lain dalam perdagangan antarabangsa.
"Tiada peluang BRICS akan menggantikan dolar Amerika dalam perdagangan antarabangsa atau di mana-mana sekalipun, dan mana-mana negara yang cuba melakukan demikian perlu bersedia berdepan tarif dan mengucapkan selamat tinggal kepada Amerika!" tulis Encik Trump.
Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan bahawa negara-negara BRICS sedang membincangkan kemungkinan mengembangkan penyelesaian dalam mata wang negara dan mencipta mata wang bersama dalam blok tersebut.
Namun, tiada keputusan muktamad dibuat mengenai isu itu.
BRICS ialah sebuah blok antara pemerintah yang ditubuhkan pada 2006 oleh Rusia, China, India dan Brazil, dengan Afrika Selatan menyertai pada 2011.
Sejak awal 2024, beberapa negara lain turut menyertai BRICS.

LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.