Trump ancam laksana tarif terhadap telefon bijak bukan buatan Amerika
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Amerika Donald Trump melarang pemakaian pelitup ketika mengadakan tunjuk perasaan. (Gambar fail: AFP/Giuseppe Cacace)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Jumaat (23 Mei) mengancam akan mengenakan tarif ke atas Samsung dan pengeluar telefon bijak lain menyusuli kenyataan terdahulu yang menyasarkan Apple, lapor agensi berita Xinhua.
ā(Tarif) itu akan dikenakan juga ke atas Samsung dan sesiapa sahaja yang menghasilkan produk itu. Jika tidak, ia tidak adil.
āItu akan bermula, saya fikir, hujung Jun... saya rasa kita boleh melaksanakannya menjelang akhir Jun,ā kata Encik Trump kepada para wartawan di Rumah Putih apabila ditanya sama ada beliau mempunyai kuasa untuk mengenakan tarif terhadap satu syarikat sahaja.
Samsung, syarikat dari Korea Selatan, terkenal dengan siri telefon bijak Galaxy yang menjadi pesaing utama kepada iPhone keluaran Apple.
Awal dari itu, Encik Trump mengumumkan di media sosial bahawa beliau akan mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas produk Apple jika iPhone tidak dihasilkan di Amerika Syarikat.
āSaya sudah lama memaklumkan kepada Tim Cook dari Apple bahawa saya menjangkakan iPhone yang dijual di Amerika Syarikat perlu dibuat dan dipasang di negara ini, bukan di India atau mana-mana tempat lain.
"Jika tidak, Apple perlu membayar tarif sekurang-kurangnya 25 peratus kepada Amerika,ā tulis Encik Trump di platform Truth Social.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.