Trump ancam kenakan tarif 100% ke atas Kanada jika meterai perjanjian dagang dengan China
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Sabtu (24 Jan) berkata beliau akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas Kanada sekiranya negara itu memeterai perjanjian perdagangan dengan China, sambil memberi amaran kepada Perdana Menteri Kanada Mark Carney bahawa langkah sedemikian akan membahayakan negaranya.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Sabtu (24 Jan) berkata beliau akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas Kanada sekiranya negara itu memeterai perjanjian perdagangan dengan China, sambil memberi amaran kepada Perdana Menteri Kanada Mark Carney bahawa langkah sedemikian akan membahayakan negaranya.
"China akan 'memakan' Kanada hidup-hidup dan memusnahkan segalanya, termasuk perniagaan dan cara hidup mereka," tulis Encik Trump di platform Truth Social.
“Jika Kanada membuat perjanjian dengan China, ia akan serta-merta dikenakan tarif 100% ke atas semua barangan dan produk Kanada yang memasuki Amerika Syarikat.”
Encik Carney, semasa lawatannya baru-baru ini ke China, menyifatkan kuasa besar Asia itu sebagai “rakan yang boleh dipercayai dan boleh diramal”, dan di Davos menggalakkan pemimpin Eropah agar mendapatkan pelaburan daripada ekonomi kedua terbesar dunia itu.
Encik Trump mencadangkan bahawa China akan cuba menggunakan Kanada untuk mengelak tarif Amerika Syarikat.
“Jika Gabenor Carney menyangka beliau boleh menjadikan Kanada sebagai ‘Pelabuhan Persinggahan’ untuk China menghantar barangan dan produk ke Amerika Syarikat, beliau melakukan kesilapan besar.”
Ketegangan antara Amerika Syarikat dan jirannya di utara itu semakin meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Pada Khamis, Encik Trump menarik balik jemputan kepada Kanada untuk menyertai inisiatif Lembaga Keamanan beliau yang bertujuan menyelesaikan konflik global.
Perubahan pendirian itu menyusuli ucapan Encik Carney di Forum Ekonomi Dunia di Davos, di mana beliau secara terbuka mengecam negara-negara berkuasa yang menggunakan integrasi ekonomi sebagai senjata dan tarif sebagai alat untuk memperoleh kelebihan.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.