Trump ancam ambil alih Washington DC
Anggaran Waktu Membaca:
Seorang anggota Pengawal Negara mengawal kawasan di luar Capitol di Washington, pada 10 Februari 2021. (Gambar: AP/Jose Luis Magana)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu (6 Ogos) mencadangkan beliau mungkin mengerahkan Pengawal Negara untuk mengawal jalan-jalan Washington, DC, dalam ancaman terbaharunya untuk mengambil alih pentadbiran bandar yang menjadi pusat pemerintah Amerika.
"Kita mempunyai ibu negara yang sangat tidak selamat," kata Presiden Trump kepada wartawan di Rumah Putih.
"Kita perlu menguruskan DC. Ini harus menjadi tempat yang paling baik diurus di negara ini."
Presiden Trump, yang mengancam untuk mengambil alih persekutuan bandar itu beberapa kali, memperbaharui ancaman tersebut selepas seorang kakitangan muda yang merupakan sebahagian daripada Jabatan Kecekapan Pemerintah Elon Musk diserang pada hujung minggu.
Encik Musk, hartawan yang juga mantan penasihat Encik Trump yang pernah mengetuai usaha DOGE, berkata lelaki itu dipukul dan mengalami gegaran otak.
"Sudah tiba masanya untuk mempersekutukan DC," tulisnya.
Apabila ditanya sama ada beliau menimbangkan untuk mengambil alih polis DC, Presiden Trump menjawab secara tegas.
"Kita akan mencantikkan bandar ini. Kita akan menjadikannya indah. Betapa malangnya, kadar jenayah, kadar rompakan, pembunuhan dan segala-galanya.
"Kita tidak akan membiarkannya, dan itu termasuk membawa masuk Pengawal Negara, mungkin dengan segera juga," kata Presiden Trump.
Jurucakap datuk bandar DC Muriel Bowser bagaimanapun enggan mengulas.
Jenayah ganas dalam tujuh bulan pertama 2025 menurun sebanyak 26 peratus di DC berbanding tahun lalu manakala jenayah keseluruhan menurun sekitar tujuh peratus, menurut rekod di laman jabatan polis.
Jenayah keseluruhan menurun 15 peratus pada 2024, berbanding 2023, menurut laman tersebut.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.